Politik Terengganu: Perkembangan dan Pergolakan

RM39.00
9789671450628
In stock
+
Politik Terengganu: Perkembangan dan Pergolakan

Penulis : Mohd Hasbie bin Muda

Penerbit: MLC Bookstore

Mukasurat : 163 halaman

ISBN : 9789671450628

Harga : RM39.00


Politik Terengganu unik. Terengganu menjadi negeri pertama yang diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas Merdeka tetapi ditumbangkan melalui undi tidak percaya selepas dua tahun empat bulan sepuluh hari berjalan. Selepas 38 tahun negeri ini diperintah oleh BN, PAS kembali diberikan peluang oleh rakyat untuk membuktikan keupayaan mereka pada tahun 1999 sebelum dijatuhkan semula pada tahun 2004. Ternyata pertukaran ini membuktikan bahawa rakyat Terengganu berani untuk membuat perubahan. Sesungguhnya sifat nelang rakyat Terengganu tidak mengenal siapa. Mereka nekad.

Politik Terengganu sebenarnya tidak pernah sunyi daripada kejutan, konflik dan kontroversi. Seawal tahun 1959, politik Terengganu mencuri perhatian rakyat negara ini apabila wujud pertikaian dalam pelantikan Menteri Besar Mohd Daud Abdul Samad. Daud tidak kekal lama di kerusinya apabila dijatuhkan melalui undi tidak percaya dalam DUN Terengganu pada tahun 1961. Pengganti Daud, Ibrahim Fikri Mohamad pula tidak terlepas daripada digantikan oleh pucuk pimpinan partinya walaupun telah berjaya memenangkan BN dalam dua kali pilihan raya. Mahmood Sulaiman dan Nik Hassan Abdul Rahman pula terpaksa ditukar kerana bermasalah dari segi prestasi dan hubungan dengan pihak Istana. Wan Mokhtar Ahmad yang berkuasa selama 25 tahun pula akhirnya dijatuhkan dalam kekalahan yang tragis. Tokoh ideolog PAS yang pernah diramalkan oleh majalah Asiaweek sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, Abdul Hadi Awang pula hanya sempat memimpin negeri selama sepenggal sahaja sebelum digantikan oleh Idris Jusoh yang kemudiannya juga turut digantikan secara tiba-tiba walaupun partinya menang dalam pilihan raya dan beliau sendiri mendapat sokongan majoriti ADUN partinya.

Pengganti Idris iaitu Ahmad Said pula diganti oleh Exco kanannya sendiri apabila pucuk pimpinan parti tidak lagi berkehendakkan beliau. Ahmad Razif Abdul Rahman juga hampir dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya. Mujurlah ia berjaya digagalkan oleh Speaker DUN Zubir Embong. Semua pergolakan ini menarik untuk diperhalusi agar iktibar dan teladan berguna dapat diambil sebagai pedoman pada masa akan datang.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US