Politik Wanita Melayu: Emansipasi dan Kemerdekaan
Authors: Muhammad Rahimi Hasan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672908523
Weight: 0.3 kg
Pages: 140 pp
Year: 2024
Price: RM40
Politik wanita Melayu era pra merdeka ditafsir dan dikenang sebagai perjuangan politik kebangsaan. Ia berpunca daripada cetusan dan perkembangan pesatnya sekitar tahun 1945 hingga 1957 iaitu kemuncak kebangkitan semangat kebangsaan orang Melayu bersama etnik Cina dan India menuntut kemerdekaan tanah air. Sayap wanita parti politik Melayu iaitu Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Kaum Ibu UMNO memperkukuh lagi lesna pemahaman politik wanita Melayu berdasarkan nasionalisme. Namun, realiti masyarakat era pra merdeka yang konservatif mengekang penglibatan golongan wanita dalam politik.
Apatah lagi, gerakan nasionalisme didominasi lelaki. Tidakkah wujud tentangan terhadap penyertaan mereka dalam politik yang berlaku ke atas mereka? Adakah politik wanita hanya sekadar ikut-ikutan? Maka, buku ini memaparkan politik wanita Melayu sebagai kesinambungan perjuangan emansipasi wanita Melayu sejak tahun-tahun 1920-an dan 1930-an menerusi agenda pemodenan yang digerakkan golongan Melayu. Peranan organisasi politik wanita Melayu memperlihatkan politik gender di Tanah Melayu bukanlah agenda remeh dan melulu. Perjuangan ini bermula daripada hal-hal dalam keluarga dan komuniti. Ia membentuk sikap, pemikiran dan tindakan yang diterjemahkan melalui kegiatan politik kebangsaan dan nasional yang menunjukkan politik wanita Melayu sebagai gabungan agenda emansipasi dan kemerdekaan.
Muhammad Rahimi Hasan, PhD, Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SHEAR), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian beliau mengkhusus dalam wanita dan politik, dan nasionalisme.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.