Porfirin
Author: Nur Haziqah Mohd Radzuan, Nurul Izzaty Hassan & Mumtaz Abu Bakar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513735
Weight: 0.263kg
Pages: 170
Year: 2021
Price: RM30
Molekul heme yang lebih dikenali sebagai komponen dalam molekul haemoglobin merupakan pigmen merah dalam darah dan tergolong dalam kumpulan makrosiklik porfirin. Porfirin sintetik dan terbitannya merupakan kumpulan sebatian makrosiklik aromatik yang menjadi perhatian saintis dunia bukan sahaja dalam bidang kimia malah dalam bidang-bidang lain disebabkan oleh ciri ciri kestabilan serta sifat fotofizikal dan optikal yang menarik. Pendekatan sintetik dalam penghasilan porfirin meso banyak diketengahkan dan menjadi strategi untuk menghasilkan terbitan porfirin baru. Buku ini akan membincangkan mengenai proses penghasilan porfirin meso free base simetri dan tidak simetri yang terdiri daripada porfirin jenis A4, A2, A2B dan A2B2. Selain itu, buku ini juga mengetengahkan proses pengkompleksan porfirin menggunakan logam zink (II) dan nikel (II) bagi penghasilan porfirin logam atau metaloporfirin. Penilaian potensi penjerapan karbon dioksida oleh sebatian porfirin free base dan porfirin logam turut menjadi fokus utama. Secara keseluruhannya, proses penghasilan 32 sebatian yang terdiri daripada porfirin meso simetri dan tidak simetri serta metaloporfirin dicirikan dengan menggunakan Spektroskopi Resonans Magnetik Nuklear (RMN), Ultra-Lembayung Boleh Nampak (ULBN) dan spektrometri jisim (5J) dan diceritakan secara terperinci dalam buku ini.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.