Praktis Kerja Sosial Gerontologi
Editors: Noralina Omar
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674883676
Weight: 0.35 kg
Pages: 170 pp
Year: 2024
Price: RM52
Profesion kerja sosial yang mengkhususkan kepada gerontologi merupakan suatu cabang praktis dalam perkhidmatan kemanusiaan. Keperluan terhadap perkhidmatan kerja sosial gerontologi di negara ini dijangka semakin meningkat memandangkan pertambahan populasi penduduk yang berusia 60 tahun ke atas. Praktis kerja sosial gerontologi memberi tumpuan untuk membantu warga emas memaksimumkan kedua-dua peluang dan kualiti hidup dalam konteks sistem sosial, keperluan dan hak mereka.
Warga emas yang sihat dan sejahtera adalah tonggak kepada masyarakat. Sebaliknya, warga emas yang tidak sejahtera dan menghadapi cabaran hidup seperti kemerosotan tahap kesihatan, kesunyian dan dihimpit kemiskinan boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Maka, perkhidmatan kerja sosial gerontologi diwujudkan bagi memastikan strategi untuk memelihara kesejahteraan warga emas dapat dilaksanakan dengan sistematik. Pekerja sosial pula memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan ini dapat memberi manfaat kepada warga emas dan keluarga serta masyarakat seluruhnya.
Maka, buku ini membawakan maklumat yang berguna mengenai aspek sosial penuaan, isu-isu yang berkait dengan penuaan yang dikukuhkan dengan penemuan kajian dalam konteks tempatan, dan keadaan perkhidmatan kerja sosial gerontologi sedia ada di Malaysia. Buku ini juga memberikan idea-idea praktikal dengan menekankan peranan pekerja sosial untuk dijadikan panduan bagi memberikan perkhidmatan yang bersesuaian kepada warga emas.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.