Psikologi Dalam Al-Quran

RM56.00
9789834934866
In stock
+

Psikologi Dalam Al-Quran

Author: Abang Ishar Abang Yaman
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834934866
Weight: 
Pages: 403 pp
Year: 2022
Price: RM56

Psikologi merupakan ilmu yang membicarakan persoalan manusia dari segi kejiwaan, pemikiran, persepsi, tingkah laku, karakter dan fenomena tertentu manusia dalam berinteraksi dengan persekitaran. Psikologi moden memiliki perkaitan yang sangat rapat dengan ayat al-Qur'an. Apabila psikologi moden membincangkan masalah tingkah laku dan fenomena fizikal manusia, sebenarnya dalam al-Qur'an telah pun terdapat banyak ayat yang menyatakan tentang kepelbagaian tingkah laku dan fenomena fizikal manusia. Begitu juga apabila psikologi moden membincangkan tentang kejiwaan, emosi dan ciri-ciri karakter manusia, al-Qur'an lebih awal lagi telah menyatakan ciri jiwa manusia dalam pelbagai bentuk, khususnya jiwa manusia yang tenang dan bermasalah, malah al-Qur'an menyebutkan tentang sifat emosi manusia, seperti takut, gelisah, gentar, selesa dan gembira.

Dalam buku ini penulis memberikan gambaran yang jelas tentang psikologi yang terdapat dalam al-Qur'an dengan mengetengahkan teori-teori psikologi moden yang sebenarnya telah wujud dalam al-Qur'an. Penulis juga memberikan pelbagai maklumat, panduan dan pengetahuan tentang keperluan manusia memahami motif tingkah laku, emosi dan pelbagai penyakit psikologi manusia dari perspektif al-Quran. Semua jenis kecerdasan emosi, institusi berfikir dan intelek manusia dapat ditingkatkan dengan terapi al-Qur'an. Malah, al-Qur'an memberikan panduan yang berkesan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan psikologi manusia. Oleh itu, buku Psikologi dalam al-Qur'an ini wajar dibaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US