Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu

RM45.00
9786294860575
In stock
+

Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu

Editor: Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Salmah Jan Noor Muhammad, & Ahmad Bazri Mokhtar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860575
Weight: 
Pages: 279pp
Year: 2023
Price: RM45

Tradisi penulisan ialah warisan penting dalam ketamadunan manusia. Sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai daya pemikiran dan kemahiran menulis serta membaca yang menjadi syarat dalam penyebaran ilmu. Masyarakat Melayu meneruskan legasi sebagai masyarakat bertamadun dengan merekodkan pencapaian dan kejadian yang telah berlaku dan yang sedang berlaku dalam zaman mereka melalui bentuk bertulis yang menjadi rekod sejarah yang mampu menjadi bukti pencapaian masyarakat Melayu. Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah untuk memperkayakan bahan penulisan dari hasil penyelidikan terhadap manuskrip Melayu yang merentasi enam subtema, iaitu sejarah, keagamaan, bahasa/sastera, etnosains, seni dan konservasi.

Warisan ilmu manuskrip Melayu perlu diangkat dan diteliti dari semua jenis manuskrip dan bidang bagi memastikan ilmu leluhur Melayu dapat dimanfaatkan sebagai acuan dalam kehidupan generasi masyarakat Melayu hari ini. Kepelbagaian bahan seperti warkah, karya sastera, karya sejarah dan sebagainya perlu diperhalusi secara makro dan mikro bagi mendapatkan segala intipati yang hendak disampaikan bersesuaian dengan tajuk yang diberikan bagi naskah ini, iaitu Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu.

Penerbitan ini adalah salah satu daripada usaha Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM bagi mengangkat penyelidikan manuskrip Melayu di bawah dana TKS 413 yang sekali gus melestarikan warisan ilmu yang menjadi bukti kepada peradaban tamadun alam Melayu. Justeru itu, dengan terhasilnya penerbitan ini diharap ia menjadi panduan dan rujukan buat semua lapisan masyarakat khususnya para pelajar dan penyelidik muda. Oleh yang demikian, pihak Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu akan terus berusaha untuk mengangkat khazanah ilmu alam Melayu melalui manuskrip Melayu sebagai pedoman kepada generasi kini dan akan datang.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US