Rawatan Sakit Cacingan Dalam Manuskrip Perubatan Melayu
Author: Muhammad Widus Sempo, Nazariyah Yahaya, Makli Ahmad Nasir & Mohd Azmi Mohd Razif
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674407636
Weight:
Page:
Year: 2020
Price: RM30
Ingin tahu kearifan lokal masyarakat Melayu dalam merawat penyakit? Buku ini mengulas kaedah perubatan yang diamalkan orang Melayu dalam mengubati penyakit cacing.
Masyarakat Melayu memiliki integriti sosial yang tinggi dengan lingkungan persekitaran. Mereka mengetahui rempah-ratus, herba-herba tempatan dan khasiatnya serta kaedah pengambilan yang sesuai.
Oleh itu, ditemui pelbagai takaran lama yang digunakan orang Melayu seperti sebuku, sejemput dan sebagainya. Mereka turut mengenal pasti bahagian tertentu tumbuhan yang memiliki khasiat perubatan sama ada daun, batang, buah, kulit, akar mahupun bunga.
Selain itu, mereka juga mengetahui nilai pemakanan dan nilai ekonomi setiap jenis tumbuhan yang dapat dijadikan sebagi pewangi dan bahan dasar kosmetik.
Buku ini secara komprehensif menyebutkan 25 kaedah rawatan untuk mengubati penyakit cacing dalam tujuh manuskrip perubatan melayu yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perpustakaan Universiti Leiden di Belanda.
Ringkasnya, orang Melayu memiliki keunikan tersendiri dalam tradisi perubatan yang lahir daripada budaya dan interaksi mereka dengan alam sekitar.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.