Reka Bentuk dan Analisis Eksperimen Menggunakan SPSS

RM27.00
Out of stock

Reka Bentuk dan Analisis Eksperimen Menggunakan SPSS

Author: Wan Muhammad Amir W Ahmad, Mohd Fadhli Khamis, Zalila Ali Publisher: Penerbit USM ISBN: 9789674615703 Weight: 0.2 kg Pages: 90pp Year: 2021 Price: RM27

Buku ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penyelidik mengenai kepelbagaian reka bentuk dan analisis eksperimen yang boleh digunakan dalam menganalisis data. Secara umumnya, prosedur perlaksanaan analisis yang ditunjukkan di dalam buku ini adalah menerusi penggunaan perisian SPSS. Ia dipersembahkan secara langkah demi langkah dengan terperinci. Teknik dalam menganalisis data secara reka bentuk dan analisis eksperimen banyak diguna pakai terutamanya apabila penyelidik berhadapan dengan set data yang diperoleh secara eksperimen ataupun set data daripada uji kaji secara makmal. Justeru, buku ini memberi pendedahan dan pilihan kepada penyelidik untuk memilih jenis reka bentuk eksperimen yang bersesuaian dengan eksperimen yang dijalankan. Penyelidik boleh mengikut tatacara kajian yang dipersembahkan dan menyesuaikannya dengan data kajian. Selain itu, buku ini juga menggunakan bahasa yang Tingkas serta mudah difahami bagi meningkatkan kefahaman penyelidik terhadap dapatan eksperimen yang diperoleh. Dengan adanya buku panduan sebegini, secara tidak langsung ia dapat membantu para penyelidik dan pelajar dalam menganalisis data serta menjayakan projek penyelidikan agar penyelidikan yang dijalankan lebih teratur dan efektif.

Wan Muhamad Amir W Ahmad adalah pensyarah biostatistik di Pusat Pengajian Sains Pergigian Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau memperoleh PhD (Biostatistik), MSC (Statistik) dan BSc.(Statistik Gunaan). Pengajaran beliau dalam bidang akademik termasuk biostatistik, aplikasi statistik perisian, statistik pengiraan, perundingan statistik, reka bentuk kajian dalam penyelidikan sains kesihatan, kaedah penyelidikan, asas statistik, peramalan siri masa, penyelidikan operasi, statistik lanjutan dan reka bentuk eksperimen. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pengajaran yang melibatkan prasiswazah dan pascasiswazah. Selain itu, beliau aktif dalam banyak aspek penyelidikan yang melibatkan kaedah biostatistik dan sumbangan dalam metodologi dalam bidang biostatistik. Beliau juga aktif dalam menulis jurnal dan buku dan juga mengendalikan bengkel SPSS. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 150 artikel dan 40 buku matematik dan biostatistik.

Mohd Fadhli Khamis adalah dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM sejak 1 Januari 2019. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) daripada Universiti Malaya pada tahun 1994. Selepas bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia selama enam tahun, beliau mengikuti pengajian pascasiswazah dan memperoleh PhD (Pergigian) daripada Universiti Adelaide pada tahun 2006. Pada masa ini, beliau juga menyelaras pengajaran pergigian forensik di Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Penyelidikan beliau lebih tertumpu kepada anatomi dan antropologi pergigian, dan odontologi forensik. Beliau sebelum ini adalah ahli Jawatankuasa Etika Haiwan USM yang menyediakan khidmat perundingan secara statistik.

Zalila Ali adalah pensyarah kanan statistik di Pusat Pengajian Sains Matematik, USM. Beliau berpengalaman hampir 30 tahun dalam pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penyeliaan terutamanya dalam bidang statistik gunaan. Beliau memperoleh ijazah pertama dan ijazah sarjana dari Western Michigan University, USA, Kepakaran beliau lebih kepada analisis data secara statistik gunaan dan reka bentuk eksperimen. Selain itu, beliau terlibat dalam pembinaan metodologi penyelidikan yang melibatkan analisis data longitudinal, pemodelan statistik. Beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US