Resistance Sudah Berbunga
Authors: Syed Ahmad Fathi
Publisher: Tochika Press
ISBN: 978-629-99050-1-1
Tahun: 2024
Weight: 300 gsm
Pages: 189 pp
Price: RM30.00
Buku ini merupakan sintesis antara sejarah dan juga peristiwa kontemporari perihal Palestin. Dengan mengambil penulisan Prof. Nur Masalha sebagai rujukan utama, buku ini akan cuba menggali dan menjejaki sejarah Palestin sejak 4,000 tahun yang lampau. Sejarah ini penting sebagai asas dan akar untuk memahami perjuangan resistance bangsa Palestin sejak sekian lama.
Dari akar yang dalam dan panjang ini, buku ini kemudian menyingkap kedatangan penjajah zionis ke tanah Palestin. Dari titik ini, buku ini akan menelusuri bagaimana penjajahan ini telah melahirkan pelbagai bentuk resistance yang berjuang bagi memerdekakan Palestin dari penjajahan.
Puncak kepada resistance ini adalah dengan tercetusnya Operasi Taufan Al-Aqsa pada 07 Oktober 2023. Buku ini diharap dapat menmberi satu analisa segar perihal peristiwa bersejarah ini yang terus berlangsung sehinggalah kepada kes genocide yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Dunia (1C) di The Hague.
Buku ini hanya membahaskan situasi perang dalam Operasi Taufan Al-Aqsa pada peringkat awal, iaitu hingga hari ke-116 perang. Buku ini tidak dirangka untuk merekodkan semua peristiwa secara kronologikal. Selbaliknya isu-isu dan bahagian-bahagian yang dirasakan penting akan diketengahkan. Buku inĂ juga tidak dirangka untuk menjadi naskah duka, sebaliknya buku ini ditulis sebagai sebuah tanda. Tanda bahawa perjuangan resistance pembebasan Palestin kini memasuki fasa baharu, yang akan berubah setelah sekian lama berbentuk defensif.
Di sebalik segala kemusnahan dan darah yang ditumpahkan, buku ini ingin membawakan hujah bahawa resistance ini akan sentiasa tumbuh semula. Pertumbuhannya berulang-ulang kali, dan akhirnya akan mematahkan hayat penjajahan. Resistance ini akan menghisap seluruh tenaga upaya penjajah. Hingga akhirnya penjajahan zionis itu akan kering, layu, dan terlerai.
Buku ini akan berhujah untuk mengetengahkan idea bahawa Operasi Taufan Al-Aqsa merupakan tanda satu kematangan baru bagi pejuang resistance Palestin yang akan membuka jalan kepada buah-buah kemerdekaan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.