Risalah Fi Bayan Hukum Al-Bay' Wa Al-Riba': Konsep Maslahah Dan Uruf

RM51.00
9789670899909
In stock
+

Risalah Fi Bayan Hukum Al-Bay' Wa Al-Riba': Konsep Maslahah Dan Uruf

Author: Hasanulddin Mohd, Wan Mohd Yusof Wan Chik & Abdul Karim Ali
Publisher: Penerbit UNISZA
ISBN: 9789670899909
Weight: 0.267 kg
Pages: 170pp
Year: 2018
Price: RM51

Ulama Melayu silam sering dikaitkan dengan kejumudan, kelesuan dan ketaksuban terhadap pandangan tertentu. Kitab-kitab penulisan mereka dikatakan didominasi oleh roh taklid dan tidak memberikan sumbangan kepada korpus keilmuan. Karya-karya ulama Melayu silam dianggap tidak serius serta membawa pemikiran yang malap dan pudar. Malah, mazhab Imam al-Shafii yang menjadi pegangan kebanyakan ulama tempatan turut dipandang sinis oleh sesetengah pihak yang beranggapan bahawa pendekatannya lebih meraikan nas zahir semata-mata. Sehubungan itu, kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' wa al-Riba karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas merupakan antara contoh manuskrip sastera kitab ulama Melayu silam yang sesuai untuk diteliti dalam mencari sebahagian jawapan terhadap persoalan dan permasalahan yang ditimbulkan.

Penelitian yang dijalankan ini khususnya dari aspek memahami konsep maslahah dan uruf serta pendekatan yang digunakan oleh pengarang dalam membincangkan hukum syarak dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab muamalat seperti jual beli, riba, mudarabah dan lain-lain. Penulisan buku ini mengenengahkan biodata ringkas Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, latar belakang masyarakat pada zaman beliau, konsep maslahah dan uruf dalam Islam dan seterusnya pendekatan pengarang dalam menangani isu maslahah dan uruf terutamanya yang melibatkan masyarakat setempat pada zaman tersebut. Pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang mampu membawa pembaca memahami sesetengah budaya yang berlaku pada zaman beliau dan seterusnya boleh membandingkannya dengan keadaan yang berlaku pada masa ini. Buku ini sesuai ditelaah oleh golongan ilmuwan, pengkaji, pendidik, pendakwah, penuntut dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ilmuwan dan ulama silam serta ilmu pengetahuan dan keintelektualan mereka.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US