Rumpun Melayu Australia Barat
Author: Wan Hashim Wan Teh & A. Halim Ali
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679424379
Weight:
Pages: 108
Year: 1999
Price: RM30.00
Pemerintahan Pada tahun 1974, orang Melayu Pulau Cocos mula berhijrah ke Australia Barat, mengikut jejak orang Melayu Pulau Krismas yang lebih awal berpindah ke sana. Di Pulau Cocos, tidak banyak peluang untuk sara hidup. Mereka bertebaran di Perth, South Hedland, Katanning dan Geraldton. Malahan sejumlah yang lain sampai ke Kathara, Shay Gap, Albury, Broom dan Mt. Newman. Lima belas tahun kemudian, Wan Hashim dan Halim Ali, dua orang sarjana antropologi dan pengajian Melayu terbang ke tempat-tempat tersebut untuk melihat sendiri bagaimana orang pulau yang sedarah dengan mereka meneruskan kehidupan di bumi Australia.
Mereka meninjau pelbagai kegiatan ekonomi yang diceburi orang Melayu Australia Barat, menghadiri pelbagai majlis yang berkait dengan kepercayaan dan agama, adat resam dan kesenian, malah mengikuti kegiatan masa senggang 'sepupu' mereka yang telah terpisah oleh lautan beribu batu jaraknya. Walaupun sebahagian besar mereka terlibat dengan pekerjaan kolar biru, dari mekanik hinggalah ke penyelam mutiara, namun mereka terkenal kerana kecekapan dan kerajinan, bekerja keras dan dapat mengekalkan sifat lemah lembut dan sopan santun yang dimiliki oleh orang Melayu. Sungguhpun telah berintergrasi dengan penduduk tempatan, jati diri berjaya dikekalkan. Mereka terikat kuat dengan akar dan leluhur bangsa Melayu.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.