Sabar

RM35.00
9786299628514
In stock
+

Sabar 

Author: Hazmi Irsyad
Publisher: Iman Publication
ISBN: 9786299628514
Weight: 337 gm
Pages: 275 pp
Year: 2025
Price: RM35

'Ada hal yang tidak boleh dipaksa untuk selesai cepat. Dari situlah kita belajar nilai sabar.'

Masalah peribadi, kerenah manusia, harapan tidak tertunai, usaha tidak dihargai — semua ujian ini sering datang berlapis-lapis sehingga membuatkan jiwa kita lelah.

Dan setiap kali itulah pasti ada yang berpesan: 

“Sabar ya. Allah sayang orang yang sabar.”

Jadi, kita pun memendam emosi dan cuba mengukir senyum. Tetapi semakin lama, semangat kita meluntur. 'Kesabaran' pula menipis.

Sampai bila kita perlu bersabar?
Adakah sabar itu sekadar menahan rasa?
Mengapa perlu sabar, jika akhirnya kita sendiri yang terluka?

Buku ini hadir untuk menjelaskan bahawa sabar itu bukanlah sesuatu yang melemahkan, tetapi jika difahami, ia akan menghadirkan kelegaan, harapan dan kekuatan.

Demi lebih memaknai konsep sabar, penulis turut membawa kita menelusuri bibit-bibit kehidupan Nabi Musa AS yang sepertimana kita; diuji oleh keadaan dan manusia berkali-kali. Kisah-kisah ini mengajar kita bahawa—sabar bukanlah destinasi yang harus dikejar, tetapi jalan pulang yang boleh dilalui, perlahan-lahan, selangkah demi selangkah.

***

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US