Satu Kajian Kes Kaunseling: Aplikasi Teori Pemusatan Insan dan Teori Psikologi Individu

RM40.00
In stock
+

Satu Kajian Kes Kaunseling: Aplikasi Teori Pemusatan Insan dan Teori Psikologi Individu

Author: Nooraini Othman
Publisher: USM Press
ISBN: 9789674615086
Weight: 0.231kg
Pages: 111pp
Year: 2020
Price: RM40

Isu kesihatan mental kini semakin mendapat perhatian pihak berwajib dan juga masyarakat. Hal ini kerana kesihatan mental mempunyai hubungan yang rapat dengan kualiti hidup dan produktiviti seseorang. Statistik menunjukkan peningkatan dalam isu kesihatan mental di Malaysia. Sehubungan hal ini, terdapat hubung kait antara kesihatan mental dan amalan kaunseling. Tanggapan umum bahawa isu kesihatan mental perlu dirujuk terus kepada pakar psikiatri tidaklah semestinya betul. Terdapat perkara yang memadai untuk dirujuk kepada kaunselor sahaja. Namun, tidak dinafikan ada yang memerlukan pakar psikologi klinikal dan juga pakar psikiatri. Kaunselor yang terlatih akan memahami kedudukan perkara yang bukan lagi dalam skop amalannya serta perlu dirujuk kepada pakar psikiatri.  

Buku Satu Kajian Kes Kaunseling: Aplikasi Teori Pemusatan Insan dan Teori Psikologi Individuadalah berasaskan pengalaman penulis sebagai kaunselor yang mengendalikan kes yang dipersembahkan dalam buku ini. Penulisan ini berperanan sebagai perkongsian pengalaman, melalui gambaran latar belakang dan isu-isu psikologi yang dihadapi oleh klien, dengan para pembaca sama ada sebagai kaunselor, pelajar kaunseling mahupun individu yang berminat dalam isu-isu kaunseling dan psikologi. Buku ini bersifat ilmiah. Oleh yang demikian, terdapat gabungan unsur teori psikologi kaunseling (teori pemusatan insan dan teori psikologi individu) dan aplikasinya terhadap kes yang dikendalikan. Teknik-teknik kaunseling yang digunakan dengan merujuk kepada teori yang tersebut diperincikan melalui kaedah verbatim sebagai ilustrasi kepada proses kaunseling ini. Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam menangani kes ini dan pengajaran kepada ibu bapa, anak-anak dan ahli masyarakat turut dikongsikan agar kesedaran terhadap isu kesihatan mental ini dapat dipertingkatkan. 

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US