Sejarah dan Budaya Masyarakat Cam di Kemboja dan Malaysia

RM35.00
9789672516682
In stock
+

Sejarah dan Budaya Masyarakat Cam di Kemboja dan Malaysia

Author:  Farid Mat Zain et.al
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516682
Weight: kg
Pages: 176
Year: 2022
Price: RM35

Sejarah dan Budaya Masyarakat Cam di Kemboja dan Malaysia mendokumentasikan perubahan yang telah berlaku kepada masyarakat Cam sejak kejatuhan Kerajaan Campa dan diikuti dengan kehidupan masyarakat Cam di bawah pentadbiran komunis di Kemboja. Turut disentuh juga ialah penghijrahan sebilangan daripada mereka ke Malaysia, khususnya ke Kelantan. Secara tidak langsung buku ini menghuraikan perubahan sosial dan budaya yang berlaku dan tradisi yang masih diteruskan dalam kehidupan masyarakat tersebut terutama dalam kalangan mereka yang telah menetap di Malaysia.

Kebanyakan penulisan mengenai masyarakat Cam, khususnya di Kemboja lebih bertumpu kepada sejarah Kerajaan Campa, kejatuhannya dan penghijrahan keluar dari Kemboja disebabkan oleh kesulitan hidup. Aspek berkaitan dengan struktur sosial khususnya mengenai keluarga dan kedudukan perempuan dalam konteks perubahan sejarah politik dan kepimpinannya kurang diberi perhatian. Penulisan ini yang menggabungkan perspektif sejarah, budaya serta sosial berusaha memaparkan lebih banyak isu sosiobudaya masyarakat Cam yang kurang diberi perhatian.

Penulisan awal buku ini adalah mengenai sejarah atau asal usul Kerajaan Campa serta latar belakang perkembangan masyarakat Cam di Malaysia. Bermula dengan kedatangan mereka ke Kelantan pada tahun 1970-an ekoran pemerintahan komunis di Kemboja, orang Cam ditempatkan di kem pelarian di Pengkalan Chepa, Kelantan. Mereka kemudiannya diberikan tapak tanah di Kampung Bunga Emas, Kota Bharu untuk membina rumah kediaman di atas tanah milik Majlis Agama Islam Kelantan. Sejak itu orang Cam mula membina kehidupan di Kelantan melalui aktiviti ekonomi, khususnya dalam bidang perniagaan. Dengan bantuan penduduk tempatan mereka telah berjaya membeli tanah dan membuat rumah di tempat-tempat lain di Kelantan. Malah ramai di antara mereka yang telah berhijrah keluar dari Kelantan.

Seterusnya pula dihuraikan mengenai bahasa dan tulisan. Hasil karya sastera, serta artifak lain yang ditinggalkan menjadi sumber maklumat penting bagi memahami kehidupan orang Cam pada masa dahulu. Sungguhpun ramai orang Cam telah berhijrah keluar dari negar3 asal dan juga Kemboja, ramai di antara mereka masih kekal menggunakan bahasa dan tulisan mereka. Isu berkaitan dengan sejarah politik dan kepimpinan dalam dalam masyarakat Cam sejak Kerajaan Campa turut dihuraikan. Sementara itu, mengenai agama dan pendidikan, kebanyakan masyarakat Cam masih menekankan pendidikan agama untuk anak-anak mereka. Walaupun ada di antara kanak-kanak yang bersekolah kebangsaan, mereka tetap digalakkan menyambung pelajaran di sekolah agama.

Kehidupan masyarakat Cam kebanyakannya berpusat kepada keluarga. Ahli keluarga penting sebagai unit pengeluaran ekonomi. Mereka membantu satu sama lain dalam kerja produktif atau sektor ekonomi tidak formal. Memandangkan keluarga merupakan unit sosial yang penting maka tidak hairanlah jika ibu bapa atau saudara-mara masih memainkan peranan yang penting dalam menentukan jodoh atau pasangan hidup anak-anak mereka. Anak-anak berkahwin pada usia yang muda terutamanya jika mereka tidak meneruskan pengajian tinggi.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US