Sejarah Keagungan Kerajaan-kerajaan Islam

RM65.00
9789832600459
In stock
+

Sejarah Keagungan Kerajaan-kerajaan Islam

Author: Mohd Jamil Mukmin
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9789832600459
Weight: 0.85kg
Pages: 370pp
Year: 2015
Price: RM

MOHD JAMIL BIN MUKMIN pada masa ini adalah Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai agensi kerajaan peringkat daerah, negeri dan Persekutuan di dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari tahun 1970 hingga 1994 sebelum bersara secara pilihan dan kemudian menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP (1994-1997) seterusnya Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (1997-2000)

Penulis buku ini juga aktif di dalam pergerakan pelajar dan belia. Semasa di Universiti Malaya beliau pernah menjadi Setiausaha Kehormat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMUIM) _(1967-1968) dan Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia daripada pengasas pergerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Setelah berkhidmat beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia (1971-1973), Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) (1976-1979), Setiausaha bagi Malaysia Jawatankuasa Majlis Belia Asean (1978-1979) dan Naib Pengerusi Kongres Belia Sedunia untuk Pembangunan dan Makanan (1978-1979)

Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2005. Beliau juga memiliki ljazah Sarjana Muda Sastera (BA) dan Diploma Pentadbir Awam (DPA) dari Universiti Malaya (UM) masing-masing pada tahun 1970 dan 1978. Beliau mendapat Sarjana Pentadbiran Awam (Master in Public Administration) (MPA) dari University of Southern California, Los Angeles, USA (1981). Beliau telah mengikuti kursus di dalam Program Penilaian dan Pengurusan Pelaburan Ekonom, (Program on Investment Appraisal and Management) (PIAM) dari University of Havard, Boston, USA (1986). Beliau telah dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2001. Beliau juga telah menerima Anugerah Profesor Adjung dari Kolej Universiti Islam Melaka pada tahun 2013.

Mohd Jamil aktif menulis sejak di sekolah menengah lagi. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Gerakan Islam di Malaysia:Kesinambungan, Respons dan Perubahan (1957-2000). Gerakan Belia 4B Malaysia Sejarah, Perjuangan dan Cabaran (2002), Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara cetakan pertama (1994) dan cetakan kedua (2004). Peranan dan Fungsi Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan Suatu Analisis-Penggerak Jentera Pembangunan (1998), Dasar Belia Negara-Satu Tinjauan (1994) dan Sejarah Perkembangan Islam (1992).

Buku Sejarah Keagungan kerajaan-kerajaan Islam ini pada asalnya berjudul Sejarah Perkembangan Islam dan edisi pertamanya diterbitkan pada tahun 1992. Edisi kedua ini seperti tajuk diatas diterbitkan dengan penambahbaikan fakta-fakta baru.

Buku edisi baru ini mengandungi lapan belas bab. Tetapi secara keseluruhannya isi kandungannya boleh dibahagikan kepada tiga belas kumpulan besar, iaitu Zaman Jahiliah dan Arab sebelum Islam, Islam dalam Zaman Nabi Muhammad, Kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah, Kerajaan islam di Sepanyol, Peperangan Salib, Kerajaan Turki Uthmaniah, Kerajaan Fatimiah. Kerajaan Islam di India, Kedatangan Islam ke Negeri China, Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara dan bab baru Islam Kontemporari.

Buku ini mengupas tentang kejayaan-kejayaan kerajaan-kerajaan Islam dari tahun 610M sehingga ke tahun 1912M, bukan sahaja dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial tetapi juga di dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI