Sejarah Nasional Malaysia: Prasejarah Dan Protosejarah Tanah Melayu
Editor: Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Zuliskandar Ramli
Publisher: Dewan
Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834975421
Year: 2018
Weight: 0.940kg
Pages: 597
Price: RM60
Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu secara khusus menyingkap Zaman Prasejarah dan Zaman Protosejarah di Malaysia yang penulisannya berdasarkan kronologi sejarah dan juga menyentuh tentang perkembangan budaya dan evolusi teknologi pada zaman tersebut. Penerbitan Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu bertujuan mewujudkan siri buku sejarah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Sejarah Nasional Malaysia. Pada asasnya pensejarahan negara kita Malaysia telah dirangka mengikut kronologi zaman yang telah dibahagikan kepada tiga zaman yang utama, iaitu Zaman Prasejarah, Zaman Protosejarah dan Zaman Sejarah.
Zaman Prasejarah dibahagikan kepada empat, iaitu Paleolitik (Paleolitik Awal dan Paleolin akhir), Haobinhian (Mesolitik), Neolitik dan Zaman Logam (Gangsa dan Besi). Zaman Prasejarah ialah zaman manusia belum mengenal tulisan dan tinggalan masyarakat Zaman Prasejarah ini hanya boleh dibuktikan secara penyelidikan arkeologi yang juga merupakan salah satu cabang bidang sejarah dan ada juga sarjana yang menganggap bahawa arkeologi ini merupakan cabang bidang antropologi.
Pendapat yang menyatakan bahawa arkeologi ialah antropologi merupakan satu pendapat yang kurang tepat kerana untuk merekonstruksi semula Zaman Protosejarah ahli arkeologi telah menggunakan sumber-sumber bertulis sama ada dari India, China, Arab-Parsi, Asia Tenggara dan tempatan. Sumber juga boleh diperoleh daripada inskripsi-inskripsi yang didapati daripada survei dan juga ekskavasi arkeologi yang dijalankan. Penyelidikan arkeologi Zaman Prasejarah di Malaysia telah menemukan pelbagai jumpaan yang penting terutamanya yang melibatkan asal usul Melayu. Data arkeologi telah mendedahkan bahawa orang Melayu bukan berasal dari Yunan ataupun Taiwan tetapi berasal dari Tanah Sunda. Evolusi dari segi budaya telah pun berlaku sejak Zaman Paleolitik lagi. Jumpaan rangka atau tengkorak manusia di Malaysia telah direkodkan di beberapa tempat dan jumpaan yang paling tua ialah jumpaan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak yang berdasarkan pentarikhan mutlak umurnya lebih kurang 40 000 tahun yang lalu. Di kawasan lain juga telah ditemui beberapa rangka manusia yang berumur sekitar 10 000 tahun hingga 16 000 tahun yang lalu, antaranya termasuklah jumpaan di Gua Kepah, Seberang Perai, Gua Cha di Kelantan, Gua Gunung Runtuh di Lenggong dan Gua Bewah di Tasik Kenyir.
Berdasarkan artifak yang ditemui terutamanya tinggalan alat batu, didapati bahawa kawasan di Lenggong, Perak dan Gua Tengkorak di Sabah telah didiami oleh manusia sejak 200,000 tahun yang lalu. Kajian terkini yang dijalankan di Bukit Bunuh pula telah mendapati bahawa alat batu yang digunakan berusia sekitar 1.83 juta tahun yang lalu, walaupun data ini masih dipertikaikan oleh para sarjana yang terlibat dengan penyelidikan arkeologi terutamanya penyelidikan prasejarah. Hal ini disebabkan jika berlakunya impak meteorit, sudah pasti alat batu yang ada ketika berlakunya impak tersebut tidak dalam keadaan fizikal yang masih sempurna.
Pentarikhan kronometrik dan pentarikhan relatif yang diperoleh hasil daripada penyelidikan arkeologi di tapak prasejarah membolehkan sarjana merangka kronologi zaman secara terpimpin dengan menggunakan tarikh yang ada. Penyelidikan arkeologi Zaman Prasejarah bukan sahaja dijalankan untuk mendapatkan pentarikhan bagi sesebuah tapak tetapi yang lebih penting untuk dikaji ialah budayanya dan evolusi teknologi masyarakat tersebut. Evolusi dari segi budaya dapat dilihat dengan jelas berlaku pada setiap zaman dan begitu juga dengan evolusi sains dan teknologinya. Teknologi pembuatan alat batu, misalnya didapati mengalami evolusi dari Zaman Paleolitik sehingga Zaman Logam, daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil dan cara bagaimana alat batu itu direpeh untuk menjadi tajam dan bagaimana alat batu itu dilicinkan Evolusi sains dan teknologi membolehkan manusia mencipta tembikar tanah, alat perhiasan diri dan mula mengamalkan kegiatan bercucuk tanam dan menternak haiwan serta menghasilkan peralatan daripada logam. Kepelbagaian cara pengebumian mayat masyamkal prasejarah juga amat menarik apabila evolusinya dapat dilihat dari segi cara bagaimana tataletak mayat tersebut daripada pengebumian melipat, pengebumian melunjur, kubur kepingan batu, pengebumian dalam sampan, budaya Megalitik dan sebagainya yang ada antara cara pengebumian tersebut masih diamalkan oleh masyarakat Orang Asli dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini.
Sebelum ini, ramai yang menganggap bahawa sejarah kita hanya bermula apabila Melaka telah dibuka oleh Parameswara pada tahun 1262 dan telah menjadi sebuah empayar Melayu yang terkenal di seluruh dunia, terutamanya tentang kesibukan pelabuhan entrepotnya. Namun begitu, tanggapan yang mengatakan bahawa sejarah kita hanya bermula ketika Melaka dibuka merupakan satu tanggapan yang salah dan kurang tepat. Kelangsungan orang Melayu di Nusantara ini telah bermula sejak Zaman Prasejarah lagi dan melalui evolusi sosiobudaya serta sains dan teknologinya, orang Melayu itu berkembang maju sejajar dengan perubahan yang mereka terima dan aplikasikan dalam corak kehidupan mereka. Perubahan besar ini boleh dilihat pada satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Protosejarah atau Zaman Kerajaan-kerajaan awal sebelum Islam. Di Nusantara ini, kerajaan-kerajaan Melayu awal sudah pun bermula sejak awal abad Masihi lagi. jika berdasarkan tahun Saka, kerajaan Melayu itu sudah pun wujud pada tahun 78 M.
Pada Zaman Protosejarah, masyarakat di Nusantara amnya telah mengenal sistem tulisan yang tulisan tersebut dalam bentuk aksara kuno seperti aksara dari India Selatan, Pali, Pallava, Cam dan Kawi. Pada zaman ini juga aktiviti perdagangan terutamanya perdagangan antarabangsa menjadi sangat aktif. Hubungan awal antara pedagang Melayu dengan pedagang India sebelum abad Masihi lagi membolehkan kawasan di Nusantara ini terkenal dengan nama Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu), Suvarnadhipa, Malayadvipa (Sumatera), Yavadvipa Gawa) dan Karpuradvipa (Borneo). Proses akulturasi budaya India dan transformasi ilmu masyarakat tempatan menyebabkan pemimpin tempatan menganth taraf mereka menjadi raja dan pengaruh agama Buddha dan Hindu diterima tetapi tidak secara langsung kerana ia disesuaikan dengan amalan tradisi daripada nenek moyang mereka yang kuat mengamalkan animisme.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.