RM70.00
9789670037042
In stock
+

Sejarah Selangor 1766-1939

Origin: Monograph No. 28: A History of Selangor 1766–1939 (2nd revised edition 2004)
Author: John Michael Gullick / J.M. Gullick
Translator: Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy
Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsa
ISBN: 9789670037042
Weight: 
Pages: 344pp
Year: 2022
Price: RM70

Buku ini menawarkan periwayatan sejarah Selangor bermula dari penubuhan negeri pada tahun 1766 sehingga tahun 1939 yang disimpulkan sebagai pengakhiran zaman praperang. Sejarah ini merangkumi sudut kehidupan di Selangor yang rencam antaranya pemerintahan negeri Melayu, pergelutan kuasa yang tercetus, kegiatan perlombongan, pertanian dan perladangan, perang saudara Selangor, campur tangan penjajah British, kemajuan negeri serta pelbagai lagi. Bab-bab akhir buku ini membincangkan masa hadapan kerajaan Melayu dan kedudukan Selangor dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebelum terbentuknya gagasan Persekutuan Tanah Melayu.


BIODATA PENGARANG

J. M. Gullick (1916–2012) adalah orientalis British yang dikenang justeru sumbangan besarnya dalam pengkajian masyarakat zaman awal dan prapenjajahan menerusi karya Indigenous Political Systems of Western Malay (1958). Dia dilahirkan di Bristol pada tahun 1916. Selepas tamat pengajian, Gullick menyertai Perkhidmatan Pertadbiran Jajahan dan dihantar ke Entebbe menjelang pecahnya Perang Dunia Kedua pada 1939. Setelah berbakti sebentar, dia dihantar ke Wilayah Teso. Pada tahun seterusnya, Gullick menyertai Kempen Afrika Timur selanjutnya menyertai Pentadbiran Tentera British di Negeri Sembilan.

Apabila pentadbiran kerajaan pulih pada tahun 1946, Gullick dipindahkan ke Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service) lalu berkhidmat sebagai setiausaha negeri Negeri Sembilan. Apabila Persekutuan Tana Melayu ditubuhkan pada 1948, dia menyertai urusetia di Kuala Lumpur. Dia memegang pelbagai jawatan dalam Jabatan Pertahanan dan Keselamatan dalam Negeri, Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LPKP) serta Jawatankuasa Malayanisasi apabila dia bekerja di samping tokoh seperti Onn Ja’afar dan Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1956, Gullick kembali ke England bagi menjawat jawatan setiausaha syarikat Kumpulan Guthrie yang menyelia penanaman getah di Malaysia. Dia meninggalkan Guthrie pada tahun 1962 bagi menceburi kerjaya perundangan sebagai peguamcara. Kemudian dia menyertai firma E. F. Turner & Sons pada 1963 dan menjelang 1974, menjadi rakan kongsi kanan. Setelah menjadi rakan kongsi, dia meninggalkan firma tersebut, menjadi pensyarah perundangan syarikat, kemudian menerbitkan buku yang seterusnya menjadi piawai mata pelajaran “Company Law” sebagai keperluan peperiksaan pelajar. J. M. Gullick merupakan salah seorang daripada sebilangan pegawai jajahan British di Malaysia yang menggandingkan kerjaya rasminya dengan sumbangan penting terhadap pengkajian kesarjanaan sekitar sejarah dan budaya Malaysia. Dia menulis banyak karya dan terus menulis sehingga ke penghujung hayatnya. 

Selain karya Indigenous Political Systems of Western Malaya (1958) yang meletakkan dirinya sebagai pengkaji penting dalam gelanggang kesejarahan serta beberapa rencana khusus dalam makalah, dia juga menulis sebilangan besar karya pengenalan sejarah Malaysia yang disasarkan bagi khalayak awam, antaranya A History of Selangor 1766–1939 dan A History of Kuala Lumpur 1857–1939.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US