​Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Edisi Kedua

RM55.00
9789834905620
In stock
+

Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Edisi Kedua

Author: Abu Talib Ahmad

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834905620

Year: 2018

Pages: 537pp

Price: RM55

Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Edisi II) merupakan semakan semula buku Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara yang telah diterbitkan pada tahun 1991 dan selepas lebih 20 tahun, ia memerlukan penambahbaikan dari beberapa sudut termasuk tema perbincangan, tempoh masa dan juga rujukan. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Edisi I) mengandungi 6 bab dan penambahan dibuat melalui tiga bab, iaitu bab 1, 7 dan 8 dengan sebahagian isi kandungan bab 6 buku asal telah dimasukkan ke dalam bab 8.

Namun Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Edisi II) masih mengekalkan dua tema asal yang menjadi tumpuan kajian, iaitu kewujudan tradisi kecil atau rakyat yang merupakan amalan hidup sebahagian besar rakyat Tanah Besar tetapi kini diancam oleh tekanan “modenisasi” dan masalah keselamatan. Tema yang kedua ialah hubungan pusat dengan pinggir/ pusat dengan wilayah atau hubungan kelompok majoriti dan minoriti yang berlainan agama (seperti di Patani) dan juga antara agama dengan budaya yang tidak jauh berbeza (seperti di Myanmar dan Isan). Perhubungan ini dirumitkan oleh masalah integrasi yang melibatkan orang India dan Cina seperti di Myanmar, Kemboja dan Vietnam selepas berakhirnya kolonialisme Barat.

Di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM terdapat banyak kajian terbaharu tentang Asia Tenggara yang telah diterbitkan sejak awal tahun 1980-an termasuk dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, antropologi-sosiologi, alam sekitar dan sebagainya. Kajian-kailan terbaru turut diterbitkan dalam jurnal yang berkaitan dengan pengajian Asia Tenggara seperti Journal of Southeast Asian Studies dan Journal of Modern Asian Studies. Semua penerbitan ini sangat membantu dalam menyempurnakan semakan semula buku asal Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.

Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara menggunakan Burma, Rangoon atau Myanmar, Yangon masing-masing untuk tempoh sebelum dan selepas 1989.

Perbincangan tentang pelbagai isu sejarah Asia Tenggara yang kini merangkumi 11 buah negara, iaitu Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura dan Timor Leste (kemasukan Timor Leste dalam ASEAN masih dalam perbincangan) bertujuan menjelaskan kemajuan penyelidikan serta penulisan berhubung rantau ini serta isu-isu yang menarik perhatian ahli sejarah mahupun sarjana daripada bidang lain berkaitan dengan Asia Tenggara.

Pembaca akan mendapati beberapa perkara yang sedang berlaku pada masa kini di Tanah Besar Asia Tenggara seperti kedudukan tentera dalam politik di Thailand, masalah etnik di Myanmar dan selatan Thailand ataupun kedudukan komunisme di Indochina mempunyai perkaitan rapat dengan peristiwa yang berlaku di negara-negara berkenaan sebelum tahun 1941.

Di kebanyakan negara, bidang-bidang seperti linguistik, ekonomi, politik, antropologi, sosiologi dan arkeologi merupakan sebahagian daripada pengajian Asia Tenggara (Southeast Asian Studies) yang mengutamakan konsep multidisiplin dalam pengajaran dan penyelidikan. Hal ini ditambah dengan keperluan menguasai salah satu bahasa utama Asia Tenggara, satu kemahiran yang amat diperlukan ketika melakukan kajian lapangan yang biasanya memakan masa satu hingga dua tahun di negara-negara Asia Tenggara yang menjadi pilihan.

Kemahiran bahasa terus dituntut sehingga menjadikan seseorang pengkaji itu pakar dalam disiplin dan juga negara pilihannya. Selain itu, banyak juga pengkaji yang berkebolehan dalam salah satu bahasa berikut, iaitu Perancis, Belanda, Sepanyol atau Jepun (kuasa-kuasa barat dan timur yang pernah menjajah rantau ini) selain bahasa Inggeris. Malaysia memerlukan pakar yang mempunyai kemahiran seperti ini demi meningkatkan lagi kemajuan pengajian Asia Tenggara.

Selain untuk pelajar universiti dan pelajar yang mengikuti sejarah Asia Tenggara dl tingkatan enam, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Edisi II) juga sesuai untuk bacaan umum kerana jangka masa kajian yang menjangkau sehingga awal abad ke-21.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US