Sekilas Bicara Politik Malaysia
Author: Noor Sulastry
Yurni Ahmad
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-892-8
Year: 2015
Weight: 0.300 kg
Price: RM48
Landskap politik lokal sentiasa menjadi rencah dalam perbincangan masyarakat Malaysia pada masa kini. Dek kerana pelbagai perkara yang dilihat menggembirakan dan menghimpit kehidupan rakyat mewujudkan satu paradigma iklim politik yang semakin meriah dalam konteks negara demokrasi. Peranan setiap individu dan pemimpin negara amat signifikan dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara. Tidak hanya bersandarkan ketentuan dan kemenangan melalui pilihan raya yang diadakan sahaja, tanggungjawab para pemimpin negara harus sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan memastikan kebajikan serta keselesaan hidup sentiasa terjamin. Penceritaan buku ini juga menyebut tentang amalan feudal yang pernah menjengah dalam sistem kepimpinan negara yang telah membentuk sifat ketaatan dan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin yang dikenali sebagai sultan, pembesar, menteri, penghulu dan sebagainya. Kesetiaan ini telah memupuk hubungan pertalian antara pemimpin dengan yang dipimpin (pemimpin dan rakyat). Sifat ini berpindah dari masa ke masa mengikut peredaran masa dan cuaca politik negara. Malah, sifat hegemoni yang sebati dalam budaya politik Malaysia juga mengikut arus kepimpinan politik telah menjadikan perjuangan politik semakin terbuka dari hari ke hari. Justeru tidak dilupakan kehadiran suara anak muda dan kaum wanita dalam memperjuangkan idea dan kepentingan hak merancakkan lagi demokrasi Malaysia adalah amat signifikan. Anak muda dilihat akan mewarnai dan menggegarkan perubahan politik lokal dan peranan mereka amat menarik diketengahkan dalam perbincangan seharian. Kelebihan atau keutamaan yang diberikan kepada kaum wanita dalam pelbagai aspek merupakan tindakan yang amat positif demi perkembangan ekonomi yang semakin menjadi tumpuan utama banyak pihak. Buku ini bukan sahaja menyentuh perspektif politik dalam melihat peta masyarakat pada masa kini tetapi turut menyentuh penyusunan yang diperlukan untuk menguruskan isu-isu lokal dengan bijak. Malah, tidak lengkap jika bicara politik Malaysia kini tidak melihat masa depan parti-parti politik yang memeriahkan landskap politik lokal. Susur galur perjalanan politik Malaysia telah melalui sebuah proses yang pelbagai, walaupun tidak terlalu panjang berbanding negara luar namun pengalaman yang dikutip tersemat rapi dalam sejarah negara.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.