Sekuriti Makanan dalam Pembangunan Negara

RM35.00
9789672486954
In stock
+

Sekuriti Makanan dalam Pembangunan Negara

Author: Ahmad Zubir Ibrahim
Publisher: UUM PRESS
ISBN: 9789672486954
Weight: 
Pages: 150pp
Year: 2022
Price: RM35

Sekuriti makanan merupakan salah satu agenda utama yang diberikan perhatian dalam pembangunan negara. Kepentingan agenda ini turut dizahirkan sebagai salah satu matlamat utama kepada pencapaian Sustainable Development Goals 2030. Secara hakikatnya, pencapaian kepada sekuriti makanan wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal, sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan yang selamat dan nutrisi yang diperlukan bagi tujuan kehidupan yang sihat dan aktif.

Sekuriti makanan ditunjangi oleh empat tonggak utama iaitu ketersediaan makanan, pencapaian makanan, penggunaan makanan dan kestabilan makanan. Setiap tonggak ini saling melengkapi antara satu sama lain bagi memastikan pencapaian sekuriti makanan. Sama ada disedari atau tidak, perlaksanaan agenda sekuriti makanan turut diterjemahkan dalam konteks pembangunan negara melalui perlaksanaan dasar kerajaan. Perkara ini dapat disaksikan melalui pelbagai dasar pembangunan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan antaranya Dasar Pembangunan Luar Bandar, Dasar Pertanian Negara, Dasar AgroMakanan, Dasar Perubahan Iklim, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, Pelan Transformasi Negara dan sebagainya.

Dasar yang digubal ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain bagi melengkapi kitaran tonggak sekuriti makanan dan akhirnya akan menyumbang kepada kesejahteraan pembangunan negara. Bagi memastikan sekuriti makanan negara terjamin, perancangan pembangunan dalam jangka masa panjang dan pendek adalah diperlukan bagi memastikan kemampanan sekuriti makanan tidak terkesan dengan pelbagai ancaman.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US