Seni Kepimpinan Politik Tun Mahathir

RM55.00
10 days
978-967-18575-0-2
In stock
+
Seni Kepimpinan Politik Tun Mahathir

Author: Hussain Othman

Publisher: Visionary Leadership Consultancy Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-18575-0-2

Year: 2020

Pages: 523 pp

Weight:

Price: RM55

Pada tahun 2016 Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke arena politik untuk menyelamatkan negara daripada menjadi sebuah negara yang gagal. Beliau memimpin gerakan rakyat “Selamatkan Malaysia” memenangi Pilihanraya Umum ke-14 pada bulan Mei 2018 dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Ini merupakan satu pencapaian yang hampir mustahil dicapai bagi seorang pemimpin politik yang telah berusia 90an. Bagaimanakah beliau berjaya melakukannya? Apakah keistimewaan yang ada pada kepimpinannya sehingga berjaya mengubah perkara yang hampir mustahil kepada realiti?

Perbincangan dalam buku ini menunjukkan bahawa pendekatan “Kepimpinan Berasaskan Masalah” yang menjadi amalan dalam bidang perubatan adalah antara rahsia seni kepimpinan yang beliau aplikasikan sejak awal kerjaya politiknya. Buku ini mengemukakan perspektif baharu terhadap kepimpinan Tun Mahathir berasaskan pendekatan Pembelajaran Kepimpinan Berasaskan Masalah (Problem-based Leadership Learning - PBL). Analisis yang dikemukakan meliputi lebih daripada 60 tahun pengalaman kepimpinan beliau antara tahun 1958 hingga awal tahun 2020.

Hasil perbincangan dalam buku ini merumuskan bahawa usaha “Selamatkan Malaysia” adalah matlamat perjuangan tertinggi yang menjadi asas beliau mengemudi pasukan kepimpinannya sehingga berjaya memenangi PRU 14. Kunci utama kejayaan tersebut adalah aplikasi pendekatan Pembelajaran Kepimpinan Berasaskan Masalah. Pelbagai bukti diperolehi daripada penulisan dan ucapan beliau. Beberapa ciri utama kepimpinannya dikenalpasti dan menjadi asas kepada proses rekabentuk Model Kepimpinan Berwawasan Berasaskan Masalah (Visionary Problem-based Leadership Model - VPL).

BAB SATU

Era Baharu Kepimpinan Negara

BAB DUA

Belajar Daripada Masalah

BAB TIGA

Pendekatan Pembelajaran Kepimpinan

BAB EMPAT

Tragedi 1969

BAB LIMA

Laluan Berduri

BAB ENAM

Selangkah Ke Puncak

BAB TUJUH

Cabaran Penggantian

BAB LAPAN

Selamatkan Malaysia

BAB SEMBILAN

Kepimpinan Berwawasan Berasaskan Masalah

About Author

Dr Hussain Othman adalah mantan Profesor Madya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) antara Jun 2001 sehingga persaraannya pada 31 Mei 2018. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Tamadun Islam, Pengajian Kemanusiaan, Pengajian Islam, Sains Sosial dan Pendidikan. Beliau memegang ijazah dalam bidang Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah) (1992) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (1993), Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) daripada Universiti Teknologi Malaysia (1999) dan PhD dalam bidang Tamadun Islam daripada Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2006).

Ketika di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia beliau pernah berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Kediaman dari 2005 hingga 2008, Pengarah Pusat Islam dari tahun 2008 hingga 2009 dan Timbalan Dekan (Penyelidikan), Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan dari tahun 2009 hingga 2013. Antara tahun 2013 hingga 2014 beliau dilantik sebagai Sarjana Pelawat di Prince Alwaleed bin Talal Centre of Islamic Studies, University of Cambridge, United Kingdom. Beliau juga merupakan Jurulatih Utama Bertauliah untuk Pembelajaran Berasaskan Masalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2012. Pada masa ini, beliau adalah Konsultan Utama dan Ketua Jurulatih di Visionary Leadership Consultancy Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Penasihat kepada Persatuan Pengamal Pembelajaran Berasaskan Masalah Malaysia (Malaysian Association of Problem-based Learning Practitioners - MyPBL). Antara penulisan utama beliau:

1. Salib & Penjajahan Dunia Islam (2018)

2. Pendayaupayaan Masyarakat (Bersama) (2017)

3. Ahmad Khatib & Martabat 7 (2013)

4. Tun Dr Ismail, Merintis Kepimpinan Berintegriti (Bersama) (2012)

5. Konsep Pensejarahan Melayu (2011)

6. Tun Abdullah, Bapa Pembangunan Modal Insan (Bersama) (2010)

7. Malay Historical Thought (2009)

8. Wacana Agama dan Sains (2009)

9. PBL Pembangunan Kelestarian Masyarakat (Bersama) (2009)

10. Kenali Kami Orang Asli (Bersama) (2003)

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI