Sensitiviti Agama Menurut Pandangan Penganut Islam, Buddha, Hindu dan Kristian Di Lembah Klang

RM35.00
9786297547275
In stock
+

Sensitiviti Agama Menurut Pandangan Penganut Islam, Buddha, Hindu dan Kristian Di Lembah Klang

Author:  Nur Syarihah Muhammad Shah & Nur Farhana Abdul Rahman
Publisher:   UKM Press
ISBN:  9786297547275
Weight: 0.237
Pages: 152pp
Year: 2023
Price: RM35

Keharmonian agama di Malaysia merupakan agenda utama dalam Matlamat Pembangunan Mapan di Malaysia. Buku Sensitiviti Agama: Pandangan Penganut Islam, Buddha, Hindu dan Kristian di Lembah Klang ini ditulis atas tiga faktor utama. Pertama, penulis mendapati isu sensitif agama masih dibangkitkan saban tahun di Malaysia khasnya di Lembah Klang sama ada isu tersebut berulang atau isu yang dibangkitkan adalah isu baru dalam masyarakat. Perkara ini telah menimbulkan pertelingkahan antara masyarakat sehingga pernah menjejaskan keharmonian antara masyarakat. Kedua, penulis mendapati sebahagian masyarakat tidak mengetahui perkara-perkara yang boleh mengganggu sensitiviti penganut agama sehingga berlakunya tindakan yang boleh melanggar sensitiviti agama. Kekurangan pengetahuan tentang perkara yang dibolehkan dan tidak dibolehkan dalam agama sama ada agama yang dianuti atau agama- agama lain mendorong sebahagian masyarakat melakukan tindakan yang menimbulkan rasa tidak senang penganut agama tertentu. Ketiga, berdasarkan pembacaan yang dilakukan didapati bahawa sebahagian masyarakat tidak mengetahui limitasi dalam toleransi terutamanya limitasi yang telah digariskan dalam agama mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka bertindak melakukan sesuatu tindakan yang melanggar batasan agama sehingga menimbulkan rasa tidak senang penganut yang sama agama dengan mereka. Hal ini kerana, agama mereka akan dipandang serong oleh penganut agama lain. Berdasarkan faktor yang telah dinyatakan, penulis mengambil langkah menghasilkan penulisan ini dengan menekankan tentang isu-isu sensitif agama yang berlaku dalam hubungan sosial masyarakat. Penulis juga menjelaskan tentang isu yang paling sensitif menurut penganut Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Selain itu, penulis turut menjelaskan tentang konsep yang boleh dijadikan panduan oleh penganut Islam, Buddha, Hindu dan Kristian dalam memandu mereka terutamanya ketika berinteraksi dengan mana-mana penganut agama agar tidak melanggar limitasi dalam toleransi. Akhir sekali, penulis menutup penulisan dengan menyatakan dua aspek penting yang perlu ditekankan oleh setiap individu dalam menjaga keharmonian masyarakat iaitu sikap dan persekitaran sosial.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala kurniaan dan rahmat-Nya, diberi peluang dan ruang kepada penulis untuk menyiapkan sebuah buku serba ringkas ini. Sekalung penghargaan diberikan kepada Geran Penyelidikan GGPM 2017-018 (Persepsi Penganut Agama Berkaitan Isu-Isu Sensitiviti Agama di Malaysia). Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penulisan ini atas tunjuk ajar, bimbingan, buah fikiran, kesabaran, bantuan dan dorongan untuk penulis menyiapkan buku ini. 

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US