RM55.00
9789674616359
In stock
+

Seratus Pulau Di Muara

Author: Muhammad Haji Salleh
Publisher: USM Press
ISBN: 9789674616359
Weight: 0.319 kg
Pages: 237pp
Year: 2022
Price: RM55

Buku puisi terbaru muhammad haji salleh membawa pengalaman yang berbagai-bagai - daripada memerhati mbak gudeq di jogja, kepada merenung nikmat senyap seorang penjual buku di manila; daripada anak-anak yang riuh bermain bola di fez, hinggalah kepada seorang peladang dan sawahnya. kehidupan mengalir di samping dan di dalam diri penyair. tindak balas terhadapnyalah yang dikutip, dipilih, dicatat dan akhirnya dicantumkan menjadi sajak. penyair sering memilih perasaan manusia yang disisih, terbuang, dibenci dan difitnah, beliau merenung peta takdir dan bekas air mata di pipi mereka. tetapi ada pula sesekali mereka disayangi dan dihargai. muhammad haji salleh menemui atau membaca wajah mereka di selatan thailand, myanmar, china, india serta palestin. inilah segugusan perasaan yang sangat menyayat hati atau membahagiakan. muhammad haji salleh sudah lama dikenali sebagai penyair-pengembara, dan sudah sampai di kampung atau kota lebih 70 buah negara dan menikmati manusia serta budayanya. oleh yang demikian, beliau pernah tergoda oleh machu picchu, dan telah menulis sajak panjang dalam '4 unsur di peru sebuah buku khusus tentang jepun (sewaktu beliau tinggal di kyoto), dan sebuah buku tentang benua amerika utara dan selatan, sebuah buku lagi yang menyanjung alam sepanjang tahun, sewaktu mengajar di universiti sains malaysia. inilah tingkap berwarna-warni dalam jiwa penyair di dalamnya ada manusia yang berlainan wataknya, budaya yang berbeza, bahasa yang berbagai-bagai, dan tidak lupa warisan kearifan yang terdapat dalam bahasa-bahasa mereka yang tua atau muda.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US