Seratus Tahun Kesunyian

RM50.00
9786297733401
In stock
+

Seratus Tahun Kesunyian

Author: Gabriel Garcia Marquez

Publisher: Biblio Press

ISBN: 9786297733401

Pages: 419

Weight: 0.3 kg

Year: 2025 

Price: RM50

Jose Arcadio Buendia bersama isterinya Ursula yang bersepupu membuka kampung bernama Macondo, menanggung celaan sumpah bahawa keturunan mereka itu nanti akan ditimpa bala tiada kata yang dapat cerita. Umpamanya tumbuh ekor babi di punggung bayi. Macondo didatangi gipsi Melquiades bersama gerombolannya membawa masuk benda-benda ajaib seperti air hato, merkuri, kaca pembesar serta sebuah manuskrip dalam bahasa Sanskrit yang meramalkan kehancuran Macondo, yang tiada helah yang boleh dirintang untuk menyangkalnya. Melquiades kali pertama mati di pantai Singapura, dilempar mayatnya ke Lautan Jawa, muncul semula di Macondo yang sudah dihujani selama empat tahun, sebagai petanda bahawa jika sesebuah kampung itu untuk kekal sentosa, maka ia mesti memenuhi syarat mesti ada sekeping tanah perkuburan yang menjadi gerbang ke alam sebelah yang boleh berpatah balik ke dunia nyata dengan sekelip mata.

Keturunan Buendia sepanjang seratus tahun itu berupa watak-watak yang amat luar biasa. Jose Arcadio Buendia sendiri adalah pencari ilmu yang rakus, mahu tahu segala-galanya termasuk menggunakan daguerreotaip untuk menangkap wajah Tuhan yang dia enggan percayai. Anaknya yang pertama lari ikut gerombolan gipsi, menjelajah ke seluruh dunia, makan mayat ketika terapung selepas kapal karam, pulang ke Macondo dengan badannya penuh tatu, berkahwin dengan adiknya sendiri, iaitu Rebeca.

Anak yang kedua, Kolonel Aureliano Buendia bangun memberontak sebanyak tiga puluh dua kali dan kalah semuanya, empat belas kali terselamat daripada peluru musuh, mengayahi 17 anak yang semuanya bertanda salib di dahi mereka, sehingga senang menjadi sasaran pembunuh yang berazam menghapuskan zuriat Buendia di muka bumi.

Keras hati, penyedih, penyendiri, pendendam, keturunan keluarga Bendia itu tersungkur satu per satu akibat saka nenek moyang yang terkeliru bahawa berahi itu cinta.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US