Shaykh Muhammad Yasin Al-Fadani dan Metode Penulisan Kitab Al-Fawaid Al- Janiyyah

RM25.00
In stock
+

Shaykh Muhammad Yasin Al-Fadani dan Metode Penulisan Kitab Al-Fawaid Al- Janiyyah

Author: 
Publisher: UKM Press
ISBN: 
Weight: 0.4
Pages:171pp
Year: 2023
Price: RM25

Nama Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani bukanlah suatu nama yang asing dalam kalangan para ulama dan ahli ilmu dalam dunia Islam khususnya di Nusantara. Nama beliau sudah dikenali sebagai seorang ilmuan Islam yang telah mempunyai jasa dan bakti dalam lapangan ilmu. Cetusan idea untuk menulis mengenai kehidupan dan salah satu buku penulisan beliau, iaitu kitab al-Fawa'id al-Janiyyah terbit daripada tatapan mata penulis terhadap deretan kitab dalam ilmu al-Qawa'id al-Fiqhiyyah. Apabila pandangan mata penulis terhenti pada kitab ini, lantas timbul dalam fikiran mengenai latar hidup dan keperibadiannya yang begitu penulis kagumi. Ini kerana beliau sudah sangat dikenali dengan kepakarannya dalam ilmu hadis sehingga digelar sebagai musnid pada abad ini. Akan tetapi, sisi kepakaran dan penguasaan ilmu beliau tidak terhenti dalam lingkungan ilmu hadis sahaja, bahkan beliau juga turut mempunyai kepakaran dalam ilmu berkaitan fiqh, usul fiqh dan al-Qawa'id al-Fiqhiyyah. Oleh sebab itulah, penulis berminat untuk menulis mengenai latar belakang kehidupan beliau dengan lebih lanjut. Selain itu, minat penulis terhadap tokoh ini ditambah pula dengan kitab al-Fawa'id al-Janiyyah itu sendiri. Ini disebabkan kitab tersebut mempunyai nilai ilmiah yang tinggi dan sumbangannya yang besar dalam bidang ilmu al-Qawa'id al-Fiqhiyyah. Lantaran itu, penulis tertanya-tanya atas sebab apakah kitab yang hebat ini tidak begitu ditonjolkan kepada khalayak ramai sedangkan ia sentiasa menjadi rujukan para ilmuan yang berkecimpung dan berkarya dalam ilmu tersebut. Selain itu, timbul juga persoalan dalam fikiran penulis mengenai metode yang diguna pakai oleh beliau dalam menghasilkan kitabnya yang begitu berkualiti.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US