Si Pengejar Kupu-Kupu Autobiografi Sapora Sipon
Author: Sapora Sipon
Publisher: USIM Press
ISBN: 99789670001395
Weight:
Pages: 197pp
Year: 2023
Price: RM52
Si Pengejar Kupu-kupu: Autobiografi Sapora Sipon merupakan kisah yang boleh menjadi rujukan kepada ahli akademik dalam perjalanan memperoleh pencapaian akademik bertaraf profesor. Buku ini juga istimewa kerana mendapat bimbingan dari Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Presiden Persatuan Penulis Nasoinal Malaysia (PENA). Mengandungi 15 bab yang saling kait-mengait yang mencerminkan diri penulis. Ia menggarap kehidupan penulis melalui tajuk diri dan keluarganya, kemudian bergerak kepada penerokaan rumah warisan tradisi serta kawasan tempat tercinta yang dinukilkan dengan menarik sekali. Pembaca juga dibawa ke alam keriangan kanak-kanak dan seterusnya jejak pencarian ilmu. Perjalanan sebuah profesion penulis dimanifestasikan melalui kerjaya yang penuh liku tetapi sarat dengan pengajaran. Bab Pengembaraan Antarabangsa, Pencarian Makna Diri, Derita COVID-19 dan Kenangan Terpahat di Ingatan menyambung cerita kehidupan penulis. Bab akhir iaitu Si Pengejar Kupu-kupu adalah pelengkap autobiografi ini. Si Pengejar Kupu-kupu: Autobiografi Sapora Sipon amat istimewa kerana ia sebahagian daripada sembilan sasaran yang telah digariskan dalam Majlis Amanat Naib Canselor 2021 bagi menggapai hasrat USIM dalam merealisasikan konsep prosumerisme. Kerjasama yang dilakukan bersama USIM Writers Pool untuk berkongsi ilmu dan pengalaman penulis yang tersirat menjadi ilmu yang tersurat memberi manfaat kepada pembaca.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.