Sinkretisme Menelusuri Adat Tradisi Bajau di Sabah Menurut Hukum Islam
Author: Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Anuar Ramli, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
Publisher: UM PRESS
ISBN:978-967-488-368-3
Page:
Year: 2025
Price: RM58
“Sinkretisme dalam Adat Tradisi Masyarakat Bajau di Sabah Menurut Perspektif Islam” merupakan karya yang cuba meneliti fenomena sinkretisme dalam adat tradisi masyarakat Bajau di Sabah menurut perspektif Islam. Sinkretisme merupakan isu yang menjadi perbahasan yang penting dalam ilmu antropologi. Ia menjadi polemik yang hangat dalam kalangan sarjana khususnya sarjana barat kerana istilah ini sering diinterpretasikan dengan konotasi negatif dalam ilmu kebudayaan. Dalam konteks masyarakat Bajau di Sabah, ajaran Islam tetap dijadikan sebagai tunjang asas dan panduan hidup (way of life), namun dalam penyelenggaraan sesuatu adat, terdapat unsur-unsur pra-Islam yang dipercayai mempengaruhi kehidupan orang Bajau.
Oleh itu, buku ini cuba merungkai sosiobudaya masyarakat Bajau di Sabah khususnya yang berkait rapat dengan unsur sinkretisme menurut perspektif Islam agar dapat memberikan garis pemisah yang jelas antara ajaran Islam dan adat tradisi pra-Islam yang bercanggah dengan syarak. Analisis ini merangkumi aspek kepercayaan tradisi, adat kehamilan-kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Buku ini juga cuba memberikan wawasan kritis dalam menganalisis dinamika interaksi antara budaya masyarakat Bajau dengan hukum Islam agar pemodifikasian terhadap beberapa hukum fiqh semasa dapat diharmonisasikan.
Justeru, orientasi buku ini dari kepelbagaian aspek perbincangan mampu mengukuhkan kesesuaiannya sebagai bahan rujukan utama para sarjana hukum Islam, pelajar, pengkaji sosiobudaya dan semua lapisan masyarakat yang berminat untuk mendalami korpus ilmu fiqh berorientasikan etnik dan budaya setempat.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.