Siri Wacana Falsafah Ilmu: Dikotomi Ilmu Dalam Pendidikan

RM25.00
9786299953395
In stock
+

Siri Wacana Falsafah Ilmu: Dikotomi Ilmu Dalam Pendidikan

Author: Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (Pemikir)
Publisher: Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (Pemikir)
ISBN: 9786299953395
Weight: 207 gsm
Pages: 85 pp
Year: 2025
Price: RM25

Falsafah pendidikan adalah asas penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan sesebuah masyarakat. Walaupun di era globalisasi dan revolusi teknologi, pendidikan harus tetap dilihat melalui lensa falsafah ilmu kerana tujuan asas pendidikan bukan sekadar memenuhi keperluan pekerjaan, tetapi memberi manusia akses kepada kebenaran.

Kebenaran menjadi asas dalam membentuk pemikiran, tindakan dan hala tuju hidup insan. Sejarah pasca penjajahan (post-colonial) menunjukkan pendidikan telah digunakan untuk memenuhi kehendak asing, mengabaikan jati diri serta menafikan kebijaksanaan tempatan. Pelbagai usaha pembaharuan telah dilakukan, seperti pembentukan silibus baharu, institusi Islam dan kokurikulum holistik. Namun, persoalan penting ialah sama ada usaha ini benar-benar menyentuh akar masalah atau sekadar merawat simptom.

Penulisan ini menekankan bahawa masalah utama pendidikan ialah dikotomi ilmu hasil pemikiran Barat yang memisahkan sains dan agama, menyebabkan kebenaran tidak difahami secara menyeluruh. Penyelesaian sebenar memerlukan tajdid terhadap rangka falsafah ilmu termasuk penyatuan sumber ilmu melalui metodologi yang komprehensif. Hanya dengan pembaharuan ini pendidikan dapat kembali kepada peranannya sebagai jalan menuju kebenaran yang syumul.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US