Sistem Takaful Di Malaysia: Isu- Isu Kontemporari
Author: Asmak Ab Rahman et al
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-435-7
Year: 2008
Weight: 0.350 kg
Pages: 186 pp
Price: RM55
Kemalangan, kerosakan harta benda dan kerugian dalam perniagaan adalah sebahagian daripada risiko kehidupan manusia. Sebagai agama yang sempurna, ajaran Islam sentiasa memelihara perkara asas iaitu kesejahteraan, kebajikan ekonomi dan pembangunan sosial orang Islam pada peringkat individu, keluarga, negara dan ummah. Takaful diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang hukumnya haram kerana adanya unsur riba, gharar dan maysir. Sistem takaful bukan sahaja sebagai kaedah pengurusan risiko tetapi juga sebagai instrumen kewangan, simpanan, perlindungan, pelaburan dan pembangunan sosioekonomi. Buku ini mengetengahkan perbincangan dan fokus menyeluruh berkaitan sistem takaful di negara ini. Daripada kupasan tentang konsep asas takaful; perbandingan antara takaful dengan insurans konvensional; takaful sebagai instrumen kewangan untuk tabungan dan pelaburan, perbincangan buku ini turut mengkaji prospek industri takaful di peringkat global serta peranan pengendali takaful melalui retakaful. Kefahaman yang mendalam dan jelas akan memberi manfaat kepada pembaca terutama berkaitan takaful sebagai sebahagian kaedah pengurusan ekonomi Islam.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.