Soalan Lisan dalam Proses Pengajaran

RM30.00
9789674123192
In stock
+

Soalan Lisan dalam Proses Pengajaran

Author: Zanaton Haji Iksan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674123192
Weight: 0.326
Pages: 218pp
Year: 2016
Price: RM30.00

Buku ini membincangkan salah satu perkara yang penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas iaitu penyoalan lisan. Perbincangan amalan soalan lisan ini merupakan kajian pada peringkat PhD yang dilakukan secara kualitatif. Tiga bab awal mengupas teori, jenis dan model berkaitan soalan. Perbincangan dimulakan dengan bagaimana ilmu dibina melalui soalan dengan memaparkan proses yang berlaku dalam minda manusia. Perbincangan juga menyentuh proses keseimbangan dalam minda, pemprosesan maklumat yang diproses dalam minda dan keperluan bimbingan orang lain dalam membina pengetahuan. Diikuti dengan tahap dan jenis soalan yang juga menjadi amalan dalam proses pengajaran dan beberapa model soalan lisan dikemukakan sebagai rujukan. Kupasan turut memberi tumpuan kepada hasil kajian yang dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual secara mendalam berkaitan soalan lisan semasa proses pengajaran iaitu strategi yang sering diamalkan dalam amalan proses penyoalan lisan dalam pengajaran guru bagi memastikan pemahaman pelajar. Bagaimana guru menyebarkan soalan, proses alih tumpuan bagi mengaitkan suatu konsep. masa menunggu yang perlu diberi penekanan bagi meningkatkan kemahiran berfikir, respons pelajar terhadap soalan guru dan maklum balas guru. Selanjutnya, kupasan dalam buku ini juga berkaitan soalan lisan isi kandungan dan pengurusan yang saling lengkap-melengkapi bagi memastikan pemahaman suatu konsep yang dipelajari oleh pelajar melalui proses pembelajaran di dalam kelas. Akhirnya, amalan soalan lisan semasa proses pengajaran digambarkan melalui tiga jenis model iaitu corak aliran soalan lisan terpisah, corak aliran soalan lisan berterusan dan corak aliran lisan berkembang. Ketiga-tiga corak aliran soalan lisan menggambarkan perkembangan pemahaman pelajar memahami sesuatu konsep semasa proses pembelajaran di dalam kelas.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US