Somalia Menangis: Kembara Tanpa Tiket Pulang
Author: Haris Sharim, Zafirah Zahari, Sharmiza Husin & Zairul Zainal Abidin
Publisher: Islamic Relief Malaysia
ISBN: 9789671699508
Weight: 346 gm
Pages: 89 pp
Year: 2019
Price: RM18
Empat insan, empat cerita dan empat bingkisan dari hati. Buku ini adalah sebuah himpunan kisah menyentuh jiwa empat petugas Islamic Relief Malaysia (IRM) ketika melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di Mogadishu, Somalia pada 2017.
Gabungan mereka menyingkap kehidupan di sebalik wajah-wajah di sana daripada sudut pandang pertama bergelar petugas kemanusiaan. Sewaktu berangkat, amanah mereka adalah jelas. Begitu juga tanggungjawab. Namun, sejauh mana dapat mereka rasakan beratnya kepercayaan dan peluang yang diberi? Menyaksikan sendiri bantuan sampai kepada rakyat di sana dan berusaha menyantuni sebuah negara yang sudah berpuasa berhari-hari saban tahun, disebabkan oleh kekurangan air juga sumber makanan di bulan Ramadhan, sudah tentu keadaan di sana amat menguji ketahanan. Ditambahkan lagi dengan jurang bahasa yang membuat emosi diri tertahan melalui ucapan serta perbezaan waktu yang melemahkan. Paling menguji, Mogadishu sendiri telah diisytihar antara wilayah paling berbahaya di dunia. Jadi, bagaimana mereka mengharunginya?
Nukilan ini bukan catatan rasmi organisasi, bahkan bukan juga jurnal peribadi yang mahu dikenang sewaktu sambutan 'World Humanitarian Day' pada setiap 19 Ogos. Sebaliknya, ia adalah dedikasi khas buat semua penyumbang bagi tabung kemanusiaan IRM yang telah menggerakkan kerja-kerja kemanusiaan ini melalui setiap sen dan ringgit yang dihulur.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

