Sosiopolitik Islam

RM45.00
9789672513988
In stock
+

Sosiopolitik Islam

Author: Latifah Abdul Majid, Zuliza Mohd Kusrin & Mazlan Ibrahim
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789672513988
Weight: 
Pages: 231
Year: 2021
Price: RM45

Gerakan Islam didefinisikan sebagai aktiviti ummah secara berorganisasi dan bersistematik bagi mengembalikan Islam dalam kepimpinan masyarakat dan bagi memandu seluruh kehidupan. Aktiviti ini tidak terhad dalam aspek politik, bahkan merangkumi bidang tarbiyah, sosial, ekonomi, jihad, dakwah, media komunikasi, pemikiran, ilmu, intelek dan budaya. Kejayaan sesebuah gerakan Islam adalah kejayaan usaha dakwah itu sendiri. Politik Islam tidak hanya tertakluk kepada form, tetapi juga kepada substance kerana perbezaan masyarakat antara dahulu dan sekarang. Maka pemimpin gerakan Islam boleh membuat pendekatan baru yang mungkin tidak sama bentuknya dengan pendekatan terdahulu tetapi menjaga tujuan asas dakwah itu sendiri. Ia tidaklah semata-mata berlandaskan kepada akal, tetapi juga kepada nas dan kepada sirah Rasulullah SAW. 

Usaha menerapkan pemikiran sosiopolitik Islam merupakan strategi tersusun bagi membangunkan Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna dari seluruh aspek kehidupan. Dewasa ini, sosiopolitik sentiasa mengalami perubahan selari dengan tuntutan zaman selagi mana tidak melanggar tujuannya, iaitu pencapaian maslahah kekuasaan dan kepimpinan bagi umat dan Islam itu sendiri. Dengan itu, sosiopolitik Islam memerlukan kecermatan dalam menilai petunjuknya kerana ayat dan sunnah nabi itu datangnya dalam bentuk yang umum, justeru ijtihad para ulamalah yang menghubungkaitkan antara syariat dan realiti sehingga kefahaman tersebut berupaya membezakan antara nas yang bersifat tetap dan mengikat sepanjang zaman dengan realiti yang sentiasa berubah-ubah aturannya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US