Strategi Implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Author: Mohammed Sani
Ibrahim Ahmad Zabidi Abdul Razak Husaina Banu Kenayathulla
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-810-2
Year: 2015
Weight: 0.500 kg
Pages: 840pp
Price: RM188
Buku ini ditulis untuk memberi
panduan kepada para pemimpin pendidikan, guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa
dan ahli-ahli masyarakat serta ahli-ahli akademik untuk membolehkan mereka
memahami falsafah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, konsep
kepimpinan yang berkualiti yang diperlukan oleh institusi-institusi pendidikan
masa kini dan masa hadapan. Kebanyakan pemimpin sekolah adalah asalnya datang
daripada pelbagai peringkat dalam profesion keguruan. Apabila mereka diberi
peluang untuk menjadi pengetua atau guru besar, mereka perlu mempunyai
pengalaman profesional yang mencukupi.
Secara amalannya, perjalanan daripada status guru kepada pemimpin adalah
proses transisi dan incremental yang menjadikan aktiviti-aktiviti pengajaran
mereka di bilik-bilik darjah bertukar kepada aktiviti-aktiviti kepimpinan dan
pengurusan. Oleh itu, satu faktor
penting dalam membolehkan pemimpin-pemimpin untuk membina dan memupuk kesedaran
terhadap tujuan dan fungsi sekolah, dan untuk menggerakkan penambahbaikan
sekolah, ialah perlunya pembangunan secara berterusan untuk guru-guru dan para
pemimpin. Oleh itu buku ini lebih menggunakan pendekatan untuk `membimbing’
pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar novis bagi memahami skop
tanggungjawab mereka di sekolah, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa serta
ahli-ahli komuniti dan menunjukkan langkah demi langkah ke arah menjadikan
sekolah-sekolah mereka lebih berkesan, berprestasi tinggi, yang boleh
meningkatkan keberhasilan pelajar mereka seperti mana yang dihasratkan oleh
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Dr Mohammed Sani Ibrahim ialah Felo
Penyelidik Kanan di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Dr Ahmad Zabidi Abdul Razak ialah
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan), Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.
Dr Husaina Banu Kenayathulla
ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.