Strategi Pengimarahan Masjid Era Digital
Author: Mohd Suhardi Mat Jusoh
Publisher: UMPSA Press
ISBN: 9786297641706
Tahun: 2025
Weight: 381 gm
Pages: 239 m/s
Price: RM68
Strategi Pengimarahan Masjid Era Digital merupakan satu bentuk penulisan yang mengolah dapatan hasil kajian penulis dalam aspek pemerkasaan institusi masjid era digital di negara ini. Idea-idea utama penulisan buku ini digarap daripada sorotan penulisan kajian-kajian terdahulu dan terkini serta disepadankan dengan isu-isu utama aspek pengurusan masjid di negara pada masa kini.
Maka, kerangka cadangan penyelesaian isu-isu pengurusan masjid yang dibahaskan dalam buku ini dimuatkan dalam bentuk strategi pengimarahan masjid yang menekankan aspek pengimarahan, pengurusan, kepimpinan, mobilisasi teknologi digital, pembangunan program pendidikan, dakwah dan sosial di masjid.
Semua aspek penulisan ini selari dengan Dokumen Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sehubungan itu, buku ini dapat memberikan panduan dan idea yang sangat berguna kepada pihak pengurusan masjid di negara ini dalam usaha memperkasa institusi masjid negara pada era digital ini.
Jadi, buku ini wajar dimiliki oleh setiap ahli pengurusan masjid di negara ini sebagai koleksi dan rujukan tambahan dalam usaha memartabatkan fungsi masjid di negara ini sebagai pusat pembangunan insan yang mampan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

