​Sumber Laut Sebagai Penawar Osteoartritis

RM20.00
9789672510185
In stock
+

Sumber Laut Sebagai Penawar Osteoartritis

Author: Mohd Haikal Mohd Yunus
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672510185
Weight:
Pages: 100
Year: 2020
Price: RM20

Osteoartritis (OA) adalah gangguan sendi yang progresif disebabkan oleh kehilangan tulang rawan secara beransur-ansur, pembentukan tulang spurs dan sista pada sisi sendi. Penyakit ini adalah salah satu penyakit yang sukar untuk dikaji pada manusia kerana penyakitnya bermula dengan perlahan dengan perkembangan yang beransur-ansur dan berubah-ubah. Walaupun aetiologi OA tidak difahami sepenuhnya, adalah dipercayai bahawa pengeluaran berterusan sitokin proinflamatori dan enzim-enzim proteolitik dalam sendi yang mengalami kerosakan, memainkan peranan penting dalam patogenesis OA. Sitokin juga mendorong peningkatan paras prostaglandin dan nitrik oksida, yang mana kedua-duanya boleh menjejaskan metabolisma sel rawan dan mengakibatkan berlakunya stres oksidatif. Stichopus chloronotus atau lebih dikenali sebagai gamat oleh masyarakat setempat adalah invertebrata marin yang sering ditemui di persisiran pantai di Malaysia. Komponen-komponen bioaktif dan bernilai tinggi terutamanya kandungan asid lemak tak tepu iaitu eikosapentaenoik (EPA), dokosaheksaenoik (DHA), sebatian fenolik dan kondroitin sulfat yang terdapat pada gamat Stichopus chloronotus berupaya merendahkan keterukan kerosakan rawan artikular dalam OA. 

Hasil kajian ekstrak gamat ini terhadap sel-sel rawan OA manusia telah menunjukkan penurunkan ekspresi penanda-penanda keradangan utama iaitu sitokin, kemokin, enzim-enzim proteolitik, merencat penjanaan radikal bebas yang berlebihan dan pengurangan penghasilan prostaglandin. Ini boleh mengalihkan keseimbangan homeostasis rawan ke arah anabolisme dan memperlahankan proses degenerasi matriks rawan dalam patogenesis penyakit ini. Malah, ekstrak gamat ini berupaya meningkatkan ekspresi penanda-penanda anabolik terutamanya kolagen jenis Il dan peningkatan penghasilan proteoglikan. Ini menunjukkan ekstrak gamat ini bukan saja berpotensi sebagai agen antiradang dan antioksidatif bahkan berpotensi sebagai agen prokondrogenik, merangsang proses - proses penting dalam regenerasi rawan. Ini sekaligus menyelaraskan ketidakseimbangan antara proses anabolik dan katabolik rawan OA. Kombinasi ini membolehkan ekstrak gamat ini sebagai salah satu nutraseutikal alternatif pilihan bagi penawar OA.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US