Suruhanjaya Perdamaian Larut 1874 - 1879
Author: Nor Hisham Bin Zulkiflee
Publisher: Geroda Merah Press
ISBN: 9789672673187
Weight: 0.196
Pages: 148pp
Year: 2022
Price: RM45.00
Kajian ini membincangkan sejarah, kesan dan pembentukan Suruhanjaya Perdamaian Larut kepada Negeri Perak. Ia membincangkan faktor dan kesan setempat di daerah Larut daripada penubuhan suruhanjaya pertama di Negeri- negeri Melayu ini dari tahun 1874 hingga 1879. Definisi suruhanjaya ialah satu unit pentadbiran yang berbentuk sementara untuk mengkaji sesuatu perkara atau masalah dan membuat perakuan-perakuan kepada kerajaan bagi menyelesaikannya. Ruang lingkup kajian ini akan berkisar kepada pembentukan suruhanjaya British ini dan impaknya terhadap perkembangan daerah Larut dari tahun 1874 hingga 1879, Sejarah adalah satu rentetan peristiwa yang lampau.
Oleh itu, perbincangan ini dimulakan dengan pertelingkahan dan perebutan kongsi-kongsi gelap Cina di Larut bagi memudahkan kefahaman terhadap apa yang berlaku seterusnya selepas tahun 1874. Seterusnya perbincangan ini turut meliputi Perjanjian Pangkor yang cuba menamatkan anarki yang berlangsung di Larut tersebut. Perjanjian itu kemudiannya telah mencetuskan asas kepada pembentukan Suruhanjaya Perdamaian Larut, suruhanjaya pertama British di Negeri-negeri Melayu bagi memastikan keberhasilan perdamaian yang dicapai di Larut. Hasil kajian telah mendapati percubaan awal intervasi pihak British ini telah berjaya dan meninggalkan beberapa kesan ketara dalam sosio-politik di Larut. Sebahagian besarnya daripada pembentukan suruhanjaya ini memberikan impak yang positif dan juga terdapat sedikit implikasi negatif dalam perkembangan daerah Larut akan ditelitikan dalam kajian ini.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.