Syair Perlembagaan Negeri Brunei: Gagasan Persuratan Baru
Author: Nurdiyana Abd Ghani & Zubir Idris
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512981
Weight: 0.179 kg
Pages: 133
Year: 2021
Price: RM30
Perkembangan penulisan kreatif semakin mengorak langkah dengan mengemukakan pelbagai teori yang berfungsi untuk hiburan semata-mata, lantas menimbulkan persoalan tentang nilai dan kedudukan ilmu yang benar, adakah penulisan tersebut layak disajikan buat pembaca. Sehubungan itu, Gagasan Persuratan Baru telah tampil untuk menilai kriteria ilmu dalam sesebuah karya kesusasteraan, bertujuan mengembalikan persuratan Melayu kepada teras nilai-nilai Islam. Dalam konteks karya kesusasteraan Negara Brunei Darussalam, Syair Perlembagaan Negeri Brunei telah diajukan sebagai sebuah karya kanon untuk dinilai kekuatan dan kedudukan ilmu yang terkandung di dalamnya berdasarkan gagasan Persuratan Baru. Teks Syair Perlembagaan Negeri Brunei merakamkan peristiwa bersejarah Negara Brunei Darussalam dalam mengharungi liku-liku mencapai kemerdekaan. Melalui syair ini, Almarhum Begawan Muda Omar Ali’ Saifuddien banyak memuatkan nasihat dan teguran yang dinukilkan buat putera-puteri baginda. Menerusi nasihat tersebut, gagasan Persuratan Baru yang mengemukakan konsep Taklif untuk menilai kedudukan ilmu yang benar (merangkumi hakikat ilmu, hakikat insan dan hakikat seni yang saling berhubungan) digunapakai dalam menilai teks Syair Perlembagaan Negeri Brunei yang dianggap layak untuk diangkat sebagai karya kanon Melayu. Sesungguhnya teks Syair Perlembagaan Negeri Brunei terbukti menepati kriteria sebuah karya kanon berdasarkan gagasan Persuratan Baru yang pengisiannya tidak terpisah daripada pengajaran Al-Quran. Dengan merujuk konsep Taklif sebagai panduan berkarya, Syair Perlembagaan Negeri Brunei berupaya mendidik pembaca untuk kembali kepada jalan kebenaran yang hakiki.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.