Syurga yang Dirindui: Bicara Nabi Darihal Syurga

RM35.00
9789672679646
In stock
+

Syurga yang Dirindui: Bicara Nabi Darihal Syurga

Author: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Nazifatunnisa Salim
Publisher: Faqih Synergiz Training & Consultancy
ISBN: 9789672679646
Page: 290 m/s
Year: 2023
Price: RM35

Nabi s.a.w. pernah berkunjung ke syurga yang pastinya melalui mimpi, dan berkemungkinan juga melalui fizikal. Perjalanan baginda s.a.w. ke syurga telah meninggalkan bekas yang besar dalam diri baginda, ditambah pula maklumat lain yang disampaikan terus oleh baginda melalui malaikat, lalu baginda ceritakan kepada kita. Ia bukan hikayat atau dongengan. Ia bukanlah kisah mistik. Darihal syurga yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.,bertujuan membentuk pemikiran yang lurus dan menggariskan matlamat yang jelas buat kita semua.Dengan itu,kita akan berusaha untuk menyusun jalan hidup yang baik bersendikan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya s.a.w.

Buku ini memaparkan lebih 50 hadith darihal keindahan syurga. Memukau sungguh penceritaan Nabi s.a.w. sehingga membuatkan kita merindui syurga tersebut. Syurga itu ialah kampung halaman kita, tempat ayahanda kita Nabi Adam a.s. dan bonda kita Hawwa' berdiam dahulu. Kita mesti kembali ke kampung halaman,kita mesti berusaha.

Apabila anda menatap buku ini, ada beberapa persoalan yang akan terjawab.

-Apakah bahan yang digunakan untuk membina syurga?
-Bagaimanakah caranya untuk kita membina rumah dan menanampohonan di syurga?
-Bolehkah kita meneruskan hobi kita di dunia apabila ke syurga kelak?
-Bolehkah kita menziarahi kediaman para Nabi khususnyaNabi Muhammad s.a.w.kesayangan kita?
-Benarkah kita sudah ditunjukkan kediaman di syurga semasa di alam barzakh lagi?
-Benarkah ada roh orang yang sudah meninggal dunia yang menginap dalam ronggaburung hijau?
-Di manakah anak-anak yang meninggal dunia semasa kecil menetap sekarang?

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membaca karya bersama Ustaz Dzulkhairi dan Ustazah Nazifah ini. Menatap pengkisahan tentang syurga daripada orang yang berpengalaman sendiri,iaitu Rasulullah s.a.w.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US