Tafsir Nur Al-Ihsan Edisi Rumi Dan Tahkik Haji Muhammad Sa'id bin Umar ( Surah Al-Nahl hingga Surah Saba')

RM70.00
9786294864306
In stock
+

Tafsir Nur Al-Ihsan Edisi Rumi Dan Tahkik Haji Muhammad Sa'id bin Umar ( Surah Al-Nahl hingga Surah Saba')

Author: Haziyah Husin, Mohd Nazri Ahmad, Wan Nasyruddin Wan Abdullah,Latifah Abdul Majid, Muhd Najib Abdul Kadir,Fadlan Mohd Othman & Nor Syamimi Mohd
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864306
Tahun: 2025
Weight: 941 gm
Pages: 493 m/s
Price: RM70

Buku Tafsir Nur al-Ihsan Edisi Rumi dan Tahkik Surah al-Nahl hingga Surah Saba' ini adalah sebahagian penerbitan semula bagi kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang dikarang oleh Haji Muhammad Said bin Umar pada tahun 1925. Buku ini masih dijadikan sebagai teks dalam pengajian tafsir di beberapa buah masjid dan institusi pondok di Malaysia seperti Madrasah al-Rahmniah di Sik, Kedah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. Malahan ia juga ditelaah dan dijadikan teks dalam pengajian tafsir di institusi agama di Selatan Thailand. Naskhah tafsir ini juga menjadi sebahagian silibus dan rujukan bagi kursus-kursus tafsir di institusi pengajian tinggi. Teks asal tafsir ini menggunakan bahasa Melayu dengan tulisan jawi lama dalam sistem penulisan tradisional tanpa tanda baca atau perenggan. Gaya penyampaiannya juga dipengaruhi oleh dialek Kedah serta unsur-unsur bahasa Melayu Patani dan Minangkabau di samping penggunaan istilah-istilah dalam bahasa Arab. Oleh itu, pemahamannya memerlukan kepada syarahan dan ulasan seseorang guru bahkan pembacanya terbatas kepada golongan yang tahu jawi lama.

Selain itu, kajian-kajian yang telah dijalankan ke atas naskhah asal tafsir ini menemukan isu-isu kesahan riwayat hadis dan athar disebabkan pengarang mengemukakannya tanpa matan atau sanad. Sehubungan dengan itu, kumpulan penyelidik dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia melakukan pentahkikan dan perumian tafsir ini bagi menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan Edisi Rumi dan Tahkik. Penerbitan buku ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi signifikan karya tafsir ini serta mengangkat kewibawaan pengarangnya dalam konteks ilmiah. Versi rumi dan tahkik ini juga dapat mempermudahkan akses masyarakat kepada tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu, meningkatkan kepercayaan mereka terhadap keabsahan kandungannya selain memulihara khazanah kitab tafsir Melayu Jawi agar terus dimanfaatkan oleh ummah.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US