Tajdid Falsafah Peradaban Islam
Writer: Abdullah Zaik Abd. Rahman, Amirudin Abd. Wahab, Mohd Isa Hamzah, Norsaleha Mohd Salleh & Amar Ismat Mohd Nasir
Publisher: Penerbitan Isma
ISBN: 9789671133989
Weight: 0.204kg
Pages: 75pages
Year: 2021
Price: RM15
Islam merupakan agama peradaban yang membawa risalah perjuangan Rasulullah SAW serta para nabi dan rasul. Peradaban yang dibawa oleh Islam merangkumi aspek kehidupan dunia dan akhirat, fizikal dan spiritual, emosi dan intelektual, personal dan sosial. Peradaban yang membebaskan manusia daripada eksploitasi dan perhambaan sesama manusia kepada ubudiyah hanya kepada Allah SWT pencipta sekalian alam.
Penulisan ini bertujuan untuk mendefinisikan semula peradaban Islam mengikut epistemologi ilmu dan menghasilkan satu falsafah peradaban yang akan terbina daripadanya tasawur dan sistem yang jelas. Penulisan ini dihasilkan melalui kaedah analisis dokumen, diskusi bersama ilmuan dan sarjana, wacana dan dialog bersama pemikir dan pakar bidang.
Dapatan kajian menunjukkan kepada satu idea unggul di sebalik pembangunan peradaban manusia mengikut epistemologi ilmu iaitu kemuncak insaniah. Kajian terhadap sejarah, tamadun, umran dan hadharah mencetuskan satu definisi yang menyeluruh kepada peradaban dan falsafah peradaban. Kajian juga memperkukuhkan autoriti pengambilan sumber wahyu dan akal sebagai dasar epistemologi ilmu yang bersepadu dalam membangunkan falsafah dan tasawur peradaban. Implikasinya wujud perbezaan antara peradaban Islam yang berteraskan tauhid dan ubudiyah kepada Allah SWT dengan tamadun Barat yang berteraskan ateis dan ubudiyah kepada taghut.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.