Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia

RM55.00
9789836269492
Out of stock

Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia

Author: A Aziz Deraman
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789836269492
Weight: 0.350
Pages: 301pp
Year: 2022
Price: RM55.00

A AZIZ DERAMAN dilahirkan di Pasir Putih, Kelantan pada tahun 1948, dan merupakan graduan Universiti Malaya 1971. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1981-1987) dan Pengarah/Setiausaha Bahagian Kebudayaan (1987-1989) apabila Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan ditubuhkan. Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), beliau pernah berkhidmat di Kementerian Luar Negeri (1971), Perbendaharaan Malaysia (1979-1981), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1989-1991), Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (1991-1992) dan di Kementerian Pendidikan (1993-1994).

Beliau banyak menulis buku dan monograf serta terlibat dalam seminar dan persidangan berhubung dengan tamadun dan pembangunan kebudayaan. Antara karya beliau ialah Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (1975), Perancangan dan Pentadbiran Kebudayaan di Malaysia (1983), Islam dan Kebudayaan Melayu (ed.) 1978, Wayang Kulit Malaysia (ed.) 1980, Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan (ed.) 1978, Perayaan (Malaysia Kita 1987), Tamadun Melayu (ed. bersama) 1989, Perayaan Orang Melayu (1995), Kau dan Aku (Antologi Puisi) 1994, Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu (1994) dan Permainan Tradisi Orang Melayu (1994).

Beliau bergiat cergas dalam pertubuhan sukarela sebagai Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Timbalan Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa(PERSILAT), Naib Presiden Majlis Antarabangsa Festival dan Pertubuhan Kesenian Rakyat Antarabangsa (CIOFF - International Council of Folklore Festivals and Folkarts Organisations), sektor Asia, dan Timbalan Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC). A Aziz juga pernah menjadi Ahli Jemaah UKM (1982-1989), Ahli Lembaga Pusat Seni USM (1982-1989), Pengerusi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara, Ahli Lembaga Perbadanan Muzium Kelantan dan Pengerusi Projek Pustaka Peringatan P. Ramlee. Beliau dianugerahkan UNESCO Fellowship on Cultural Planning and Programming (1983), US International Exchange Programme Award (1984), Tekob Budaya Kelantan (1986), K.M.N. (1990), J.S.M. (1997) dan D.MM. (1999). Beliau menyandang jawatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1 Ogos 1994 hingga tahun 2004.



1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US