Tamadun Melayu: Sejarah Warisan dan Jati Diri
Authors: Asyaari Muhamad dan Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862746
Weight: gsm
Pages: 337pp
Year: 2024
Price: RM50
Penghuni di kawasan Dunia Melayu merupakan salah satu daripada lima rumpun bangsa dan bahasa yang terbesar di dunia. Hari ini, 'Dunia Melayu' dari segi geo-politiknya merangkumi wilayah yang kita sebut sebagai Nusantara. Manakala dari segi kebudayaannya pula ianya merangkumi aneka budaya daerah dan kesukuan yang mana telah mengalami perkembangan yang agak terasing dan tersendiri semenjak runtuhnya Empayar Melayu, kemudiannya dipecah belahkan wilayahnya oleh penaklukan kuasa kolonial barat.
Justeru, perbincangan buku ini adalah terangkum dalam ilmu Pengajian Melayu dan kandungan korpus ilmu yang kita kenal dewasa ini berkait langsung dengan Malaysia dan rantau Nusantara. Perbincangan mengenai ekologi identiti bangsa Melayu moden merangkumi warisan, sejarah, budaya, bahasa, busana, adat, jati diri dan selainnya, adalah berasaskan kategori etnik Melayu.
Menerusi buku ini, rangkuman kompilasi kupasan tokoh-tokoh ilmuwan Malaysia dalam bidang kepakaran masing-masing diangkat sebagai pedoman memperkasa alam dan tamadun Melayu. Bahan bacaan menyeluruh seperti yang dipaparkan dalam buku ini amat baik untuk dikongsikan kepada generasi kini sebagai asas pembinaan jati diri bangsa yang akan mewarisi perjuangan bangsa di masa hadapan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.