Tasawwur Dan Gagasan Dakwah Masyarakat Majmuk

RM40.00
9789672518488
In stock
+

Tasawwur Dan Gagasan Dakwah Masyarakat Majmuk

Editor: Zulkefli Aini & Anuar Puteh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518488
Weight: 0.236
Pages: 152pp
Year: 2022
Price: RM40

Dakwah merupakan tuntutan dalam Islam. Kejayaan dakwah bergantung kepada elemen penting yang terkandung di dalamnya seperti pendakwah, mawdu' atau topik, pendekataan dan sasaran dakwah (mad'u). Dakwah yang berkesan adalah berteraskan kepada falsafah dan prinsip dakwah yang bersumberkan al-Quran dan al-hadis. Di samping itu, kelangsungan dakwah turut ditentukan oleh pendekatan yang bersumberkan manhaj rabbani yang bersifat tetap dan juga pengalaman serta suasana semasa yang bersifat anjal. Ini merupakan keistimewaan dakwah yang sentiasa dinamik dalam pelaksanaanya. Justeru, dakwah berpandukan gagasan maqasid al-syari'ah, wasatiyyah al-Islam, rahmah li al-'alamin, dan al-tasamuh al-insani wa al-ijtima'i penting dalam berhadapan dengan sasaran dakwah yang pelbagai latarbelakang. Keunikan sesebuah negara yang mengandungi kemajmukan penduduknya seperti di Malaysia menuntut kebijaksanaan pendakwah sama ada dalam kapasiti individu atau berkumpulan atau organisasi menyantuni, berinteraksi dan berdailog mereka sebagai mad'u al-da'wah. Pengalaman tinggal bersama dalam masyarakat berbilang kaum secara aman perlu digarap melalui pendekatan fiqh al-ta'ayusy supaya dakwah yang sifatnya dinamik sentiasa segar dalam suasana mesra antara pendakwah dan sasaran dakwah. Sehubungan itu, buku yang merupakan kompilasi 10 makalah yang membahaskan tasawwur, gagasan dan realiti dakwah dalam masyarakat majmuk khususnya di Malaysia. la mencerminkan keintelektualan dan pengalaman penulisnya mengemukakan idea serta pemikiran dalam bentuk konseptual dan operasional yang menggambarkan keadaan dakwah dalam masyarakat majmuk. Sesungguhnya penghasilan buku ini diharapkan boleh menjadi pelengkap kepada korpus ilmiah yang berkaitan dengan ilmu dakwah dan pelaksanaannya dalam konteks masyarakat majmuk. la juga boleh menjadi panduan dalam pelaksanaan dakwah kepada madu yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, budaya dan kepercayaan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US