Teori dan Praktis Muamalat Konetemporari di Malaysia
Author: Kamaruzaman Noordin, Asmak Ab Rahman, Mohd Shahid Mohd Noh
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674883881
Pages: 291
Weight: 0.3 kg
Year: 2025
Price: RM75
Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia telah menyaksikan pelbagai kontrak Syariah digunakan sebagai kontrak pendasar kepada produk kewangan yang ditawarkan dalam institusi kewangan Islam. Antara kontrak utama yang digunakan ialah murabahah, tawarruq, ijarah, mudarabah, musyarakah, wakalah, rahn, qard, wa'd, hibah dan lain-lain. Setiap kontrak ini digunakan bagi memastikan transaksi kewangan yang dilaksanakan mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan menjamin keadilan kepada semua pihak yang terlibat.
Dalam konteks amalan muamalat yang semakin berkembang, penggunaan kontrak-kontrak ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek pembiayaan dan pelaburan, tetapi juga merangkumi pelbagai instrumen kewangan moden yang disesuaikan dengan prinsip Syariah. Seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menggunakan perkhidmatan kewangan Islam, keperluan untuk memahami konsep dan aplikasi setiap kontrak ini dengan jelas dan menyeluruh semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelbagai pihak.
Buku ini dihasilkan bagi menjelaskan kontrak Syariah dalam sistem kewangan Islam serta aplikasi praktikal dalam industri kewangan semasa. Pembaca akan didedahkan dengan definisi, rukun, syarat, serta contoh-contoh aplikasi setiap kontrak yang dibincangkan secara terperinci. Selain itu, perbincangan juga merangkumi isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi dalam mengaplikasikan kontrak-kontrak ini berdasarkan perspektif Syariah. Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelajar, penyelidik, pengamal industri kewangan Islam dan mereka yang ingin memahami dan mendalami konsep-konsep muamalat Islam secara menyeluruh dan mudah difahami.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.