Teori Kaunseling dan Psikoterapi

RM64.00
978931007518
In stock
+

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Author: Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid, Azmawaty Mohamad Nor

Publisher: UM Press

ISBN: 978931007518

Pages:

Weight:

Year: 2014

Price: RM 64

Buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi ini diterbitkan bagi memudahkan dan membolehkan golongan pelajar, tidak kira sama ada pelajar-pelajar Ijazah Dasar atau Pascasiswazah juga pengamal kaunseling untuk mendalami teori-teori kaunseling dan teknik-teknik yang berkaitan dengan lebih efektif. Buku ini membincangkan tentang teori-teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi yang menjadi panduan dalam menjalankan sesi kaunseling dari segi pemahaman tentang konsep semula jadi manusia. Penghasilan buku ini disertakan dengan kajian kes bagi setiap teori untuk memudahkan pembaca merujuk dan memahami teori-teori yang ingin diaplikasi dengan lebih terperinci. Melalui aplikasi kajian kes dan teori-teori yang dibentangkan dalam setiap bab, para pelajar dan pengamal kaunseling dapat memahami dan mendalami setiap aspek dan teknik-teknik sebelum memilih salah satu teori yang sesuai mengikut gaya kaunseling masing-masing.

Secara keseluruhannya, terdapat empat belas bab yang dimuatkan di dalam buku ini. Bermula dengan bab pertama yang memperkenalkan tentang asas kaunseling termasuklah sejarah ringkas berkaitan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, satu contoh kajian kes diperkenalkan sebagai rujukan pengaplikasian teori pada bab-bab seterusnya. Bab dua hingga bab tiga belas membincangkan tentang teori psikoanalisis, teori pemusatan klien, teori individu Adler, teori kewujudan, teori Gestalt, teori tingkah laku, teori tingkah laku kognitif, teori realiti, terapi berfokuskan penyelesaian, teori feminis, pendekatan naratif, dan pendekatan integratif. Bab terakhir pula membincangkan tentang pengintegrasian aspek agama dan kerohanian dalam kaunseling

Persembahan bab setiap teori meliputi pengenalan pengasas teori, andaian dan asas kepada teori, matlamat terapi, peranan kaunselor, proses kaunseling serta teknik-teknik berkaitan dengan teori yang dipersembahkan. Sesuai dengan latar belakang Malaysia sebagai negara pelbagai budaya , kesesuaian aplikasi teori dalam setting silang budaya akan turut dibincangkan diikuti dengan kelebihan dan kekurangan setiap teori dari segi praktikal. Diharapkan segala yang dipersembahkan dalam buku ini akan menjadi panduan yang berguna kepada para pembaca.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US