Tokoh 7 Tuntutan Biografi Haji Sulong Abdul Kadir (1895-1954)
Author: Dr. Numan Hayimasae
Publisher: Patani Institute for Research and Human Development
ISBN:
Weight: 330 gm
Pages: 248 pp
Year: 2024
Price: RM40
Buku hasil kajian ini menyorot perjuangan dan sumbangan Haji Sulong Abdul Kadir, seorang tokoh ulama Patani zaman moden, kepada masyarakat Melayu Patani. Beliau berperanan penting dalam mempertahankan keharmonian agama Islam, hak-hak asasi, pembangunan taraf hidup dan pendidikan orang Melayu Patani pada pertengahan abad ke-20. Walaupun, beliau tidak masyhur dalam menghasilkan karya-karya dan ramai murid di tanah suci Makkah dan di tanah air Patani seperti ulama-ulama terkenal pada abad ke-18 dan 19, seumpama Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769-1847), Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1908), Syeikh Nik Mat Kechik al-Fatani (1844-1915) dan lain-lain yang digelarkan pada akhir nama mereka "al-Fatani", namun beliau lebih masyhur dengan semangat perjuangan dan usaha gigih dalam memperbaik masyarakat Melayu Patani. Dengan itu, buku ini bermatlamat untuk mengetahui riwayat hidup, perjuangan dan sumbangan Haji Sulong Abdul Qadir kepada masyarakat Melayu Patani serta reaksi dari dalam dan luar negeri Siam terhadap kegiatan beliau. Pengaruh pemikirannya terhadap masyarakat Melayu Patani juga dimasukkan. Buku hasil kajian ini juga merupakan satu karya ilmiah mengenai tokoh ulama Patani di abad ke-20 yang masih kurang diselidiki oleh sarjana-sarjana sebelum ini. Kebanyakan kajian lebih menumpu kepada ulama-ulama abad ke-18 dan ke-19 yang tersebut di atas.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

