Toleransi Dalam Islam: Prinsip dan Aplikasi

RM30.00
9789672158097
In stock
+

Toleransi Dalam Islam: Prinsip dan Aplikasi

Author: Dr. Shawqi Abu Khalil

Translator: Mohd Hamim Semaon & Mohd Naim Mohd Noor

Publisher: ABIM Press

ISBN: 9789672158097

Pages: 135 pp

Price: RM 30.00

Toleransi merupakan salah satu prinsip agama Islam yang tidak pernah berubah. Ia tidak pernah berhasrat untuk menafikan kewujudan agama dan budaya lain. Sebaliknya ia anjal-mesra di tengah kepelbagaian dan sentiasa mengalu-alukan dialog sebagai alternatif membentuk kefahaman, keharmornian dan integrasi sosial. Menerima kepelbagaian anutan adalah bererti ketundukan terhadap ketetapan Tuhan yang bermafhum: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Hūd, 118)

Dengan slogan “Tiada paksaan dalam beragama” (al-Baqarah, 256), Islam menjadi anutan yang mesra sejagat melalui misi Rahmat Seluruh Alam. Ia dengan tegas menolak sebarang kelakuan taksub dan melampau, serta berlepas diri dari mana-mana pihak yang ekstrem, sekalipun pelakunya di kalangan muslim. Inilah di antara rahsia Islam telah tersebar dengan lancar di Timur dan Barat, serta diakui sebagai agama yang mementingkan keadilan oleh kawan dan lawan. Dari sudut yang lain, kita mendapati ada penganut anutan-anutan tertentu yang kurang senang dengan aliran yang berbeza, lalu melakar perancangan yang menyeluruh untuk menghapuskan kewujudan mereka, atau mendiskriminasi dan menyekat hak-hak mereka.

Buku ini mengupas erti toleransi Islam menerusi teori wahyu serta praktikalitinya sebagaimana yang telah diabadikan dalam lembaran sejarah umat Islam melalui penyaksian sejarawan Islam dan bukan Islam. Semoga tulisan ini dapat membantu umat membentuk kefahaman asas yang baik serta mencairkan salah faham terhadap Islam.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US