Transformasi Zakat: Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif
Editor: Muhammad Syukri Salleh, Mohamad Salleh Abdullah, Zahri Hamat
Publisher: ISDEV
ISBN: 9789673940080
Weight: 350g
Pages: 420
Year: 2011
Price : RM40
Buku ini mengandungi pemikiran tentang bagaimana keadaan zakat yang berbentuk saradiri sekarang boleh dirubah menjadi bentuk produktif. Secara mudah, zakat saradiri di sini bermaksud zakat yang habis digunakan asnaf untuk memenuhi keperluan sebaik sahaja diagihkan kepada mereka. Ia tidak membuahkan apa-apa kecuali sekali penggunaan sahaja. Zakat produktif pula sebaliknya ialah zakat yang boleh berkembang setelah diagihkan kepada asnaf. Ia membuahkan manfaat demi manfaat, hingga ternampak perubahan dalam hidup para asnafnya. Ia mempunyai kesan pengembangan yang boleh membawa asnaf keluar dari golongan asnaf, malah hingga kemudiannya boleh menjadi pengeluar zakat, bukan penerima zakat lagi. Ringkasnya, buku ini cuba mengemukakan pemikiran bagaimana transformasi zakat, dari zakat saradiri kepada zakat produktif ini boleh dilakukan.
-----------------------------
Muhammad Syukri Salleh ialah Profesor Perancangan & Pengurusan Pembangunan dan Pengarah, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia. Mohamad Salleh Abdullah ialah Ketua, Jabatan Bahagian Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Jabatan Agihan dan Pembangunan Masyarakat, Pusat Urus Zakat (PUZ), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan calon Doktor Falsafah ISDEV, Universiti Sains Malaysia. Zahri Hamat ialah Pengerusi, Bahagian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan (PPP) dan Ahli Pengurusan ISDEV, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.