Transit Rel Bandar: Kualiti Perkhidmatan Dan Kepuasan Pengguna

RM45.00
9789672518334
In stock
+

Transit Rel Bandar: Kualiti Perkhidmatan Dan Kepuasan Pengguna

Author: Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim & Muhamad Nazri Borhan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518334
Weight: 0.394 kg
Pages: 261pp
Year: 2022
Price: RM45

Sistem transit rel bandar merupakan salah satu mod pengangkutan awam yang menjadi elemen penting dalam pembangunan global ke arah pengangkutan mapan dan berperanan penting dalam memacu perkembangan ekonomi di kawasan bandar. Statistik melaporkan kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia adalah sangat rendah berbanding pengangkutan persendirian seperti kereta dan motosikal dengan nisbah 1:4. Jumlah penggunaan pengangkutan awam di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara Asia yang lain seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Penyediaan perkhidmatan yang berkualiti tinggi sangat penting untuk meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas, pencemaran dan risiko kemalangan jalan raya. 

Buku ini mengadaptasikan konsep asas model indeks kepuasan pelanggan Amerika (ACSI) dalam membuat penilaian kepuasan pengguna perkhidmatan transit rel bandar di Malaysia dengan memfokuskan kepada perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel. Perbincangan yang diketengahkan dalam buku ini bermanfaat kepada pelbagai pihak seperti penyedia perkhidmatan, penggubal dasar dan perancang dalam menentu arah tuju dan merangka strategi yang berkesan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, tahap kepuasan pengguna dan sekali gus meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan transit rel bandar sejajar dengan agenda kerajaan Malaysia untuk menjadikan perkhidmatan ini sebagai tulang belakang kepada rangkaian pengangkutan di Bandaraya Kuala Lumpur dan meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam di kawasan bandar sehingga 40% menjelang tahun 2030.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US