Tuntutan Ganti Rugi Kehilangan Pendapatan Masa Hadapan Dan Undang-Undang Malaysia

RM25.00
9789672511120
In stock
+

Tuntutan Ganti Rugi Kehilangan Pendapatan Masa Hadapan Dan Undang-Undang Malaysia

Author: Rubendran Kunasegaran & Ramalinggam Rajamanickam
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672511120
Weight: 0.188kg
Pages: 118
Year: 2020
Price: RM25

Terdapat pelbagai risiko yang wujud dalam kehidupan harian kita. Antara risiko yang lazim ialah kemalangan. Ada kalanya kemalangan yang berlaku menyebabkan seseorang individu mengalami kecederaan parah dan dalam beberapa situasi, menyebabkan kehilangan nyawa. Antara isu yang sering berbangkit apabila keadaan seperti ini berlaku adalah kehilangan pendapatan seseorang akibat kehilangan nyawa ataupun kecederaan yang dialami. Dalam konteks ini, pendapatan yang dimaksudkan termasuk pendapatan masa hadapan individu tersebut yang terjejas akibat musibah yang dialami. Persoalan yang timbul di benak fikiran kita ialah sejauh manakah ganti rugi bagi kehilangan pendapatan masa hadapan seseorang boleh dituntut di sisi undang undang? Bagi menjawab persoalan ini, buku "Tuntutan Ganti Rugi Kehilangan Pendapatan Masa Hadapan dan Undang-Undang Malaysia" amat relevan untuk dijadikan rujukan. Buku ini dimulakan dengan mengetengahkan isu-isu berhubungan dengan tuntutan ganti rugi kehilangan pendapatan masa hadapan di Malaysia supaya para pembaca dapat memahami isu undang-undang yang timbul apabila seseorang ingin menuntut ganti rugi berkenaan. Perbincangan dalam buku ini diteruskan dengan memberikan takrifan kepada istilah "kehilangan pendapatan masa hadapan" di samping menjelaskan perkembangan undang-undang yang berkaitan dengan tuntutan ganti rugi berkenaan di Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US